Monday, December 13, 2010

Ketika ALLAH memilihmu untukku. . .


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku,
Ingin ku beritahu padamu,
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia,
Orang tua yang begitu sempurna,
Dengan cinta yang begitu membuncah,
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga,
Maka padamu kukatakan,
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku...
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa yang begitu banyak kekurangan dalam diriku..
Aku bukanlah wanita sempurna seperti yang kau harapkan..
Maka ketika Dia memilihmu untukku..
Maka saat itu Dia ingin menyempurnakan kekurangan dan keberadaanmu..
Dan aku tahu..kau pun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu
Kerana kita kelak akan satu
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku..kau dan aku akan menjadi "kita"


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabnya
Maka ketika dia memilihmu untukku
Maka saat itu, Allah pun mengetahui bahawa kaupun telah menempa dirimu dengan ilmuNya,
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya TA'ALA..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai nakhodaku
Ingatlah aku adalah makhlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok,
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah,
Maka ketahuilah..Saat itu Dia mengkehendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan,
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula kau membiarkan aku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah,
Namun tatap mataku dan senyumlah
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihatiku dengan bijak dan hikmah,
Niscaya kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu,
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku,
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan,
Maka dimataku kau adalah yang terindah..
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yang indah dan kukuh..
Yang mampu membuatkanku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita,
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang rindukan syurga..
Yang dipundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan aku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka,
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku..
Ku memohon padamu...redhalah padaku..
Sungguh redhamu adalah redha ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke syurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku..

(Credit to aztriana 180610/01'50 makassar)


-Sangat mendalam n penuh makna ayat2 ni, rasa begitu dekat dengan kata hati-

Monday, December 6, 2010

Apakah itu bahagia??


Berapa ramai manusia hari ini yg kelihatan bahagia, namun realitinya mereka masih mencari2 kebahagiaan yg hakiki. Mereka mengandaikan kebahagiaan boleh di perolehi dengan menikahi wanita kerana parasnya yg cantik rupawan atau jejaka dek wajah yg tampan, atau kerana harta yg melimpah ruah, keturunan yg baik2, yg mempunyai pendidikan tinggi, bekerjaya cemerlang dan seumpamanya, namun masih bergelar suami isteri, terasa masih ada kekurangan.

Berapa ramai pula yg mengandaikan kebahagiaan akan terbit daripada kehadiran anak yg ramai. Anak2 yg suatu kecilnya, mulus, comel, bijak, dan menghiburkan. Akan tetapi setelah dewasa, pelbagai masalah yg melanda, rasa bahagia semakin hilang dan sirna. Ketika itu mereka bagaikan tersedar, kecantikan dan ketampanan pasangan bukan lagi kebahagiaan. Harta yg melimpah bagaikan tiada gunanya, keturunan yg baik, pangkat dan kerjaya, pun tidak menjamin rasa bahagia. Dan ketika itu juga mereka bagaikan tersedar anak2 yg ramai tidak semestinya boleh menjadi punca tenang dan damai.

SeMUA itu tidak mencerminkan kebahagiaan!!

Erti Bahagia
Saya agak bersetuju dengan rumusan Templer tentang bahagia. Penilaiannya itu walaupun tidak sepenuhnya bertepatan dengan nilai agama, namun boleh di ubahsuai bg memenuhi kehendak dan "roh" daripada didikan Islam, bahawa untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup, seseorang itu perlu terlebih dahulu bahagia dengan dirinya. Namun perlu di ingat, bahagia dengan diri bukan bermakna keseronokan dan kegembiraan kerana dikelilingi perkara berbentuk material dan kebendaan, akan tetapi bahagia dengan diri itu tenang dan bahagia yg lahir daripada rasa "BERTUHAN".

Inilah perturan cinta Islami
Bahagia atas setiap perintah Allah. Gembira dengan menjauhi semua laranganNya, baik susah mahupun senang, tawa atau hiba, ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa mengiringi kerana keyakinan dan kefahaman bahawa dirinya "ada" DIA Yang Maha Mengasihi, Maha Mendengar, Maha Melihat, dan Maha segala2nya untuk mengadu untung nasib diri. Ringkasnya, ketenangan dan kebahagiaan adalah hasil daripada ingatan yg berterusan kepada Allah..

~Bahagiakan dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu. InsyaALLAH, kebahagiaan dan ketenangan akan sentiasa memayungi, kerana bahagia sebenar adalah adalah daripada jiwa kehambaan yg sejati~

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"Walahaulawala quwata illa billah...

Saturday, December 4, 2010

ku jemput jodoh lewat tahajud -pustaka marwa-


Lama dah tak berkunjung ke blog nih..mungkin kerana semangat yg hilang..juga mungkin kerana kesibukan waktu, tambahan pula ketandusan idea..pengalaman sepanjang 2 minggu lepas ada yg pahit & ada juga yg manis..ini lah hidup..kena kuat & tabah & tak boleh lari daripada tanggungjawab..menuntut ilmu ada cabaran, kerja pun ada cabaran..pendek kata : hidup tak kan lari daripada ujian & cabaran...panjang kata: emm..lebih panjang elabration dia..

keluarga & sahabat jadi penguat..

Fokus sekarang pd study, n cadang nak kerja gak nih..emm..berat2..februari depan dah abis dh m.a ni..kena wat keputusan cepat...

hidup pun tak kan lari daripada membuat keputusan..penin gak eak??

phd????rugi plak kalau tak sambung terus memandangkan dah ada peruntukan..

emm..tapi??TEMAN HIDUP?? Majoriti mengatakan itu perlu di dahulukan..betul ke ni...?no need lah I think..~hati ini bukan mudah. .~I need someone that I can respect and understand me..its not easy..but Allah knows..REDHA..

Petikan daripada sebuah buku bertajuk "kujemput jodoh lewat tahajud"...membuatkan diri ini sedar akan sesuatu...

Antara petikan yang ana ingat dalam buku ini:

"Allah telah memberikan jodoh sebelum kita memintanya. oleh kerana itu kita tidak perlu bersedih jika jodoh belum kunjung tiba, sebelum manusia lahir kedunia, seluruh kehidupannya sebenarnya telah tercatat dalam kitab Allah, sebagai hamba Allah tugas kita adalah berdoa dan berikhtiar, oleh kerana itu mintalah yang terbaik daripada Allah, Allah juga telah memberikan isyarat kepada manusia berkenaan karekter seseorang yang akan menjadi pendamping dalam kehidupan kita..(An-Nur 24:26)"

"Ciri2 muslim apabila melakukan sesuatu kebaikan adalah mereka tidak pernah putus asa dalam menjalankan ketetapan Allah s.w.t, putus adalah sikap daripada sebahagian yang tidak mempercayai tuhan. Padahal pada setiap manusia sudah ada ketetapan-ketetapan yang diberikan oleh Allah dan semuanya berguna untuk kebaikan manusia..(Yusuf 12:87), bila jodoh belum kunjung datang, mungkin Allah menyayangi kita dan menginginkan kita memperoleh yang paling tepat menurut Allah, mungkin Allah menunggu waktu yang paling tepat yang kan menjadikan segalanya lebih indah dan barakah, mungkin juga Allah akan memberikan jodoh kita di akhirat kelak kerana menurut Allah tiada yang setara untuk menjadi jodoh kita di dunia dan akan memuliakan kita dengan pasangan dari syurga itu. "

Berbaik sangka pada-Nya berkenaan perihal jodoh,

"Aku akan memperlakukan hamba-Ku, sesuai dengan perasangkanya kepada-Ku" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah memberikan kesulitan kepada kita kerana menyedari bahawa kita hanya mampu bergantung pada-Nya..dan mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat..(Al-Baqarah 2:45-46)..

"Taqwa dan tawakal tidak boleh ditinggalkan dalam setiap usaha, diharapkan dengan taqwa dan tawakal ini dapat bertemu jodoh yang memahami islam, selain itu mampu membawa seseorang yang sedang berusaha itu lebih dekat dengan Allah..".. Allah telah mengatakan bahawa parameter seseorang bila ingin mengetahui jodohnya adalah dengan melihat seberapa orang itu mampu mengenali dirinya sendiri, kerana Allah s.w.t akan memberikan jodoh kepada hambanya berdasarkan iman hamba tersebut...

Isteri solehah adalah sebaik2 keindahan, kata2nya menyejukkan kalbu, ia bagaikan bidadari syurga yang hadir di dunia, ia adalah isteri yang meneguhkan jihad suami, penebar rahmat rumahtangga, cahaya dunia dan akhirat. (KH Abdullah Gymnastiar)
~andai aku bisa jd seperti petikan di atas kepada seseorang yang bernama SUAMI~
oleh kerana jodoh itu adalah rahsia Allah

Kehidupan berumahtangga bukan sesuatu yang mudah, ianya di penuhi dengan amanah beserta tanggungjawab..perlu banyak tolak ansur dan matang dalam menyelesaikan masalah, ilmu juga penting dalam kehidupan sebagai sepasang suami isteri bagi memastikan rumahtangga harmoni dan berkekalan ke akhir hayat..

penerbit pustaka marwa
Gedung galangpress center
~
Ku jemput jodoh lewat tahajud~
"Tahajud salah satu cara terbaik menghapus keresahan saat pasangan jiwa yang belum hadir"






Friday, November 5, 2010

waiting comes with trials and challenges


Make Me Strong

I know I’m waiting Waiting for something Something to happen to me But this waiting comes with Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow You’d tell me out aloud That on that day I’ll be ok But we’ll never know cause That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting Yearning for something Something known only to me This waiting comes with Trials and challenges Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long Make me strong Sometimes it just gets too much I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Wednesday, October 27, 2010

ukhwah islamiyah


PERSAUDARAAN ISLAM...
SYARAT MEMASUKI SYURGAJustify Full
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani, ikatan yang diikuti dan dibina atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi saw. yang bermaksud :

Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah; (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah suatu tunggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan juga sebagai sendi yang menghubungkan anggota masyarakat. Harakah Islamiyyah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuatkan satu anggota yang lain . Ianya umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya .

Ukhuwwah Dalam Konteks Amal Islami. Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah, Islam telah menjelaskan cara-cara begaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan kepada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan hanya sekadar ucapan dibibir atau teori semata-mata .

1. Ukhuwwah (yang terjalin antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda baginda Rasulullah saw. yang bermaksud :

Sesiapa yang Allah ingin dikurniakan kebaikan kepadanya, nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa (lalai) teman itu menolong memberi peringatan, dan apabila (temannya itu) memperingatkannya, ia akan menolongnya;

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang mengatakan: Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan;

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda ) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjid ku ini&; (Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih) .

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas . Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya, (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit (mengucapkan yarhamukaLlah), (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi , dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya. (Hadith riwayat Muslim)

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan , kasih sayang dan saling bantu-membantu Berhubung dengan perkara ini Allah berfirman dalam surah al-balad ayat ke 17 yang bermaksud :Selain itu dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya bersabar dan dengan berkasih sayang, Rasulullah s.a.w bersabda :

Janganlah kamu saling memutuskan silatur-rahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad-menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal ( haram) bagi seorang muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari, Rasulullah saw. juga bersabda :

Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan). (Hadis riwayat Muslim) Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda :

Setiap perkara kebaikan adalah sedekah . Sesungguhnya di antara perkara ma’ruf itu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengan air (Hadis riwayat Al-Tirmidhi)

Selain itu Rasulullah juga menjelaskan cara yang paling baik dan praktikal untuk merapatkan ukhuwwah ialah dengan memberikan hadiah . Sabda Nabi yang bermaksud :

Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih sayang dan akan jauhlah permusuhan; . (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah saw. bersabda :

Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari Qiamat. (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Seseorang Islam itu juga diingatkan supaya mendoakan untuk saudara seIslamnya, Ini penting kerana dalam satu hadis, Nabi bersabda yang bermaksud :

Doa seseorang muslim untuk saudaranya di belakangnya adalah mustajab, terdapat malaikat yang dihantar khas untuk mendengarnya, lalu malaikat itu akan berkata setiap kali dia berdoa: Amin.., dan bagimu juga seperti yang kamu doakan untuk saudaramu; .

Tambahan pula jika kita mempunyai kesilapan terhadap saudara kita , sudah tentulah kita perlu meminta ampun dari Allah untuknya . Menurut Al Imam Al-Ghazali dalam Ihya ulumiddin cara ini lebih baik dan praktikal dari kita pergi memberitahunya kesilapan kita terhadapnya lalu menambah kemarahannya kepada kita .

Penutup :
Demikianlah secara ringkas tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita selaku umat Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita secara berjemaah sudah tentulah perkara seperti ini dipandang secara lebih serius. Inilah rahsia kejayaan Nabi, para sahabat dan golongan salaf sebelum kita, yang telah berjaya membangunkan tamadun yang tidak ada tolok bandingnya sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka merupakan generasi Islam beriman yang unik
yang menjadi model kepada semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka.

rujukan:
www.irsyadbalok.musleh.edu.my akses 23/10/2010.

Saturday, October 2, 2010

Saat Ini...


Saat ini, ana masih terfikir soal itu..soalan yg sebenarnya telah ada jawapan, tetapi agak sukar untuk menterjemahkan ia dalam bentuk perbuatan malahan untuk setting dalam minda dan hati pun memakan masa..apa yg bakal berlaku di masa hadapan mendatangkan kerisauan dan kadangkala sedikit ketakutan..Kalau tidak kerana memikirkan DIA, pasti diri ini tidak mampu menjalani hidup yg semakin kuat deras ujian.

Syukur ana panjatkan atas nikmat kasih sayang daripada ibu ayah dan keluarga tercinta, sahabat handai yg banyak memberikan sokongan, tanpa mereka pasti diri ini lemah mengharungi hidup sendiri.
Semakin hari, kita semakin di makan usia, yg kecil semakin meningkat dewasa, sementara yg tua..???? hargai detik bersama insan yg tersayang..biar perginya nanti tiada penyesalan...hargai semua yg berda disisi saat ini, kerana tiada sesiapa yg tahu apa yg bakal berlaku esok..

kadang2 terasa diri ini tamak pada setiap apa yg Allah pinjamkan...ALLAH pinjamkan ibu, ALLAH pinjamkan ayah, ALLAH pinjamkan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat, bahkan nikmat pancaindera, mata, hidung, mulut, telinga dan seluruh anggota lain..semestinya kita sebagai hamba perlu bersyukur...buktikan rasa syukur itu dengan perbuatan..YA ALLAH sesungguhnya hambamu ini memanjatkan rasa syukur.. akan tetapi, apabila Engkau ambil semula nikmat itu, Engkau ambil semula apa yg telah Engkau pinjamkan padaku...aku masih belum bersedia...ingin sahaja aku minta agar di panjangkan lagi waktu untuk bersama.


Letih bergelumang dengan ujian, mengeluh resah, penat, hilang semangat,...semua bisikan berbaur negatif...sedangkan ALLAH menurunkan ujian untuk menguji keimanan, kesabaran, mengajar kita apa erti hidup yg sebenar..Ujian itu jika kita tempuh dengan penuh sabar dan keikhlasan..x tergambar ganjaran yg bakal kita terima..namun apakan daya..diri ini lemah..kadangkala berkeluh kesah..

YA ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg sedang hambamu ini lalui..biar bibirku ini kukunci daripada manusia, tetapi kepadaMU Ya ALLAH satu2nya tempat aku meluahkan rahsia hati..YA ALLAH permudahkanlah jalan untuk aku mendekatiMu menggapai redhaMu, untuk aku merasa manisnya mencintaiMu...berikan aku kemenangan dalam ujianMu, berikan aku kebahagiaan dunia dan akhirat
dan YA ALLAH...matikan aku dalam keadaan KHUSNUL KHATIM. . .

Monday, September 13, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Salam `idul Fitr. . .


Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Fitrah makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan dan kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

Aidilfitri adalah suatu hari di mana fitrah diraikan dan disyukuri. Ini kerana Islam tidak menjadikan keperluan kepada beragama sebagai suatu yang misteri di benak manusia, permusuhan dan dendam sebagai akhlak dan undang-undang kehidupan, kemiskinan serta kemelaratan sebagai disiplin agama, mahupun kasta dan status sosial sebagai suatu sistem kemasyarakatan.

Islam sesungguhnya adalah agama yang memelihara tuntutan fitrah manusia sehingga diwujudkan suatu hari istimewa untuk meraikannya. Menariknya, meraikan fitrah tidak akan menjejaskan kredibiliti iman seseorang sebaliknya, meninggalkan fitrah dianggap suatu pengkhianatan besar terhadap agama.

Namun, berapa ramaikah daripada kita yang menyedari hakikat ini sedangkan inilah dia semangat fitrah yang seharusnya diketahui, dirai dan dihayati umat Islam semua lebih-lebih lagi di Aidilfitri yang mulia.

Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayyed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

Dalam konteks ini, al-Quran menjelaskan fitrah sebagai agama Hanif, agama yang lurus, agama pertama ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya didukung agama pertama ini.

Perbincangan mengenai Aidilfitri, sewajarnya umat Islam merenung kembali sejauh manakah Aidilfitri diraikan dalam suasana menghayati fitrah. Pada hari ini, umat Islam bersuka ria, bergembira, menikmati juadah enak, memakai pakaian baru, menghias kediaman, ziarah menziarahi, bermohon maaf antara sanak saudara dan taulan, mengeluarkan zakat fitrah untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

Kesimpulannya, Aidilfitri adalah hari di mana nilai positif sejagat diraikan sebagai satu tuntutan agama. Adalah malang sekali andainya Aidilfitri semata-mata menjadi hari di mana kita membalas dendam terhadap nafsu makan dan minum yang dikekang di Ramadan lalu.

Berpakaian baru dan menghias kediaman sekadar menunjuk-nunjuk. Ziarah menziarahi dan bermohon maaf sekadar suatu tradisi. Zakat fitrah, sedekah raya semata-mata kerana memenuhi tanggung-jawab peribadi dan sosial.

Mampukah semangat fitrah ini dihayati seandainya lebih ramai daripada kita memilih untuk duduk saja di rumah menonton rancangan menarik yang disajikan. Daripada sudut ekstrim, ada antara kita memilih memulakan puasa sunat seawal dua Aidilfitri sehingga menghalang budaya ziarah menziarahi yang digalakkan di Aidilfitri.

Sementara warga kota yang pulang ke kampung memandu kenderaan, berlumba-lumba di jalan raya dan seterusnya mengubah Aidilfitri menjadi hari yang ditangisi bukan dirai.

Sesungguhnya, Aidilfitri adalah bukti rahmat Allah kepada umat Islam. Daripada sudut sejarah, Allah menggantikan dua perayaan jahiliah kepada dua perayaan yang mulia iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Melalui perayaan ini, syiar keagungan Islam disebarkan terutama apabila takbir dan tahmid berkumandang. Aidilfitri adalah hari persaudaraan dan kegembiraan dalam suasana mentauhidkan Allah, mengingati memenuhi tuntutan fitrah manusia adalah sebahagian daripada keperluan agama dan kerana itu ia perlu disyukuri.

Perlu diingat, fitrah manusia cenderung kepada kesederhanaan dan tidak harmoni kepada mana-mana ekstrim sama ada yang melampau atau terkurang. Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah mengingatkan individu Muslim hakikat bahawa persaudaraan Islam menganjurkan umatnya bersifat prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan.

Dalam konteks ini, perkongsian bukan saja daripada sudut mata benda malah perasaan. Menunaikan zakat fitrah menyucikan jiwa si kaya daripada perasaan tamak dan bongkak, menyucikan jiwa si miskin daripada perasaan dengki dan iri.

Menanam antara dua jiwa rasa kasih, hormat dan seterusnya menimbulkan persaudaraan serta perpaduan. Ditambah pula apabila umat Islam berduyun-duyun berhimpun mendengar khutbah yang dibacakan imam dan bersama menunaikan solat sunat hari raya.

Uniknya Islam yang menyatukan amalan duniawi dan ukhrawi di bawah naungan tauhid. Semoga Aidilfitri menginsafkan kita hakikat keistimewaan agama fitrah ini.

kepada sahabat yang mengenali diri ana, ana ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin atas segala salah silap...

Sumber: http://aferiza.wordpress.com/2007/10/10/memahami-semangat-fitrah-aidilfitri/

Sunday, August 22, 2010

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar


Tanda kedatangan Lailatul Qadar


LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

i. Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

ii. Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

iii. Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

iv. Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

v. Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

vi. Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

vii. Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan

viii. Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu .

Saturday, August 14, 2010


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai . Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

http://feryco.com/adab-berpuasa-dan-solat-tarawih


Thursday, July 22, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN



Empat tuntutan

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.

Saturday, July 17, 2010

Perkara tersirat di sebalik 4

4 ALAMAT ORANG CERDIK

1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain


4 ALAMAT ORANG BERIMAN

1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL


1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya


4 ALAMAT ORANG RENDAH

1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 YANG MENIMBULKAN CINTA


1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik


4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP

1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih


4 SEMPURNA DENGAN 4


1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan


4 MESTI DIJAGA

1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah


4 MACAM PENCARIAN


1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

" KEJARLAH 5 SEBELUM TIBA 5 "

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Monday, July 12, 2010

7 petanda kebahagiaan..


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur - Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah terutama sekali apa yang kita miliki seperti pancaindera dan alam yang kita kecapi ini.

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh - Dikurniakan oleh Allah pasangan yang baik merupakan suatu pemberian yang agung dari Ilahi. Sedap mata memandang, sedap lagi hati menerima.

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh - Suatu kebahagiaan yang besar apabila dikurniakan anak yang baik-baik. Inilah harta yang tidak akan merugikan kita sampai hari Kiamat.

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal - Harta yang halal lagi baik memang wajib dicari oleh setiap Muslim. Kerana harta yang dimakan itu menjadi darah daging yang akan dikira oleh Allah Taala kelak.

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama - Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam bermula dari kecil sampai dekat mati. Ilmu yang dituntut itu mestilah diamalkan.

7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Hidup ini akan indah seindah indahnya…dan dikurniakan dengan ’syurga ajilah”..nikmat syurga yang disegerakan semasa masih berada dialam dunia ini..
Walaupun hidup miskin tetapi terasa selesa..
walaupun berada ditempat yang sempit tetapi terasa luas..
Apa rahsianya….hati yang sentiasa ZIKRULLAH…
Firman Allah swt..
“Sesungguhnya hanya dengan zikrullah hati menjadi tenang”
(surah ar rad ayat 28)
Ini adalah jaminan yang diberi oleh Allah swt sendiri dan tidak mungkin DIA mungkir janji…
Oleh itu berzikir lah(hidupkan hati dengan selalu menyebut nama Allah) setiap masa dan ketika,setiap waktu,setiap saat walau dimana kita berada..
Hati yang sentiasa berzikrullah adalah sebenarnya ’sunnah’ para nabi,para rasul,para sahabat,para waliyullah dan diri baginda Rasulullah saw sendiri..
Kerana zikrullah mereka sentiasa tenang dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt..

Keimanan bentuk sahabat sejati



SAHABAT SEJATI

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

-wahai diri berushalah untuk menjadi sahabat yg terbaik dan bersahabatlah kerana Allah-

Saturday, June 19, 2010

Kestari 2010 (kedah)

Kem Solat Remaja Islam 2010 (kestari)
Cuti sem kali ni tak lah boring sgt coz de program, dalam akhir bulan 5 dah bertolak ke Kedah untuk buat promosi ke sekolah2 sekitar Alor star, Jitra dan Changloon iaitu daerah yg berdekatan dengan lokasi program di Masjid Kepala Batas. Sasaran peserta adalah dikalangan pelajar sekolah tahap 1 dan 2. . dan kami turut tidak menyangka terdapat ibu bapa yg berminat menghantar anak mereka yg telah bersekolah menengah,. Banyak halangan yg kami tempuh sebelum tarikh bermula program nih..Alhamdulillah tak sangka akhirnya program ni betul2 terlaksana hasil kerjasama banyak pihak..Tujuan program ini dilaksanakan bagi kami sendiri adalah untuk menimba pengalaman mengurus program, juga membantu Hijrah Abadi Training & Consultancy dalam menjayakan niat murni mereka. Doa kami moga lepas ni banyak lagi program2 yg berfaedah seperti ini dapat dilaksanakan.


Tentatif program

TARIKH: 16 JUN 2010 HARI: RABU

8:00 – 8:30 pagi : Pendaftaran

8:30 – 9:30 pagi : Ceramah 1:“Motivasi Solat”

9:30 – 10:30 pagi : Pembahagian Kumpulan

10:30 – 11.00 pagi : Makan Pagi

11:00 – 12:30 tgh hari : LDK 1 (Teori & Praktikal: Anggota & Doa Wuduk)

12:30 – 2:00 petang : Makan tengah hari dan Solat Zohor

2:00 – 4:15 petang : LDK 2 (Bacaan iftitah & al- Fatihah)

4:15– 5:00 petang : Solat Asar

5:00– 6:00 petang : Riadah

6:00 – 7:00 malam : Makan Malam dan Persiapan Diri

7:00 – 7:45 malam : Solat Maghrib

7:45 – 8:30 malam : Kuliah Maghrib: “Kenapa Saya Perlu Solat?”

8:30 – 9:00malam : Solat Isya’

9:00 – 10:30 malam : LDK 3 (Bacaan Duduk antara Dua Sujud & Tahiyat)

10:30 – 11:00 malam : Cicipan


TARIKH: 17 JUN 2010 HARI: KHAMIS

5:00 – 6:00 pagi : Qiamullail

6:00 – 7:15 pagi : Solat Subuh dan Kuliah Subuh

7:15 – 8:00 pagi : Sarapan pagi

8:00 – 9:30 pagi : Ceramah 3: “Implikasi Solat dalam Kehidupan Remaja”

9:30 – 10:30 pagi : LDK 4 (Bacaan Surah Lazim & Doa Qunut)

10:30 – 11:00 pagi : Minum Pagi

11:00 – 12:30 t/hari : LDK 5 (Amali Solat )

12:30 -1:00 petang : Makan Tengah hari

1:00 – 2:00 petang : Solat Zohor

2:00 – 3:30 petang : PDK 1 – Bacaan Solat

3:30 – 4:30 petang : PDK 2 – Amali Solat

4:30 – 5:00 petang : Solat Asar

5:00 – 6.30 petang : Persembahan dan Bersurai



Gembira melihat anak2 ini bersungguh2 menimba ilmu solat, begitu khusu` mendengar setiap apa yg diajarkan oleh fasilitator..

Penilaian paling akhir adalah penilaian bersih solat secara berjemaah bagi memastikan peserta dapat melihat secara jelas pergerakan solat yg betul.


LDK (latihan dalam kumpulan) serta ceramah yg dijalankan membantu peserta untuk mengukuhkan bacaan solat dan memahami akan peri pentingnya solat dalam kehidupan..
P/S: Kepada semua pihak yg terlibat termasuk guru2 j-Qaf, fasilitator2, pihak pengurusan masjid dan lain2 yg berkenaan..Ribuan Terima Kasih..Moga dapat kembali memberi kerjasama pada masa akan datang memandangkan mungkin ini adalah program berantai..

Peringatan tulus ikhlas bg semua pihak:

"Ikhlaskan hati, bukan kerana wang ringgit semata2, tetapi demi agama dan anak bangsa"
"namun ikhlas tidak menafikan hak"