Sunday, March 28, 2010

smk syed omar alor star....mtest..

sabtu..jam 9-12 tgh hari..duk jawab soalan mtest tuk KPLI...huhu...tak study pun...bleh tahan soalan..lagi2 math..dah lupe semua formula..tak tao lah valid ke tak semua soalan2 yg depa wat tuk candidate ni...if soalan INSAK N ANALITIKAL tu rasa sesuai tuk semua...tapi if yg laen...tak berapa sesuai pd sesetgh candidate...takpelah...soalan yg dikeluarkan semestinya dah dikaji sebab musababnya terlebih dulu drp yg lebih pakar..

Best gak exam gini..merantau ke sekolah orang..hehe...orang selangor exam mtest kat kedah...tak tahan..nak wat cmner...dah futher study kat sini...ntah di panggil temuduga ke tak lah ye....???if dapat ALHAMDULILLAH..if tak dapat INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN...hehe...ya IYA...setiap yg belaku pasti ada hikmah...am I wright>>??..

Kalau di tanya knp nak mohon KPLI time master ni...jawapannya sekadar mengambil peluang..lgpun mmg ini kan tujuan asal sblm sambung master ni...if dapat plak nak wat camna...??jawapannya kan masih boleh dipertimbangkan...bincang ngan family???solat istikharah...InsyaAllah...ini antara lapangan yg ana mampu untuk bejuang...mg Allah permdhkan..if tak dapat pun no problem..teruskan master n jgn lupe wat rayuan tuk kemasukan tahun berikutnye..ne tao if da rezeki..pas abis m.a, terus dapat panggilan KPLI..kite kan kene ushe...

Takder masalah if terus futher study even dapat KPLI ni...tangguh pun bleh...Fikir semudah ABC..jgn serabutkan kepala...prosedur mgkin agak leceh..tp redah je...yg nak permdhkan tu kan ALLAH...sesusah mane pun...terpulang pada individu nk jdkan benda tu mudah...belajar ckit2..tuk matang..tuk kuat..setiap individu mempunyai tempoh matang yg berlainan...de yg lambat n ada yg terlampau cepat...yg terbaik adalah step by step....that is normal....

DON'T WORRIED AMINAH...COURSE ALLAH IS ALWAYS BY UR' SIDE.....

pesawat terhempas...

salam.......

Lame tak add new post kat blog...walaupun kat UUM ni de berite tegempar pesawat tehempas seperti yg ditulis kat paper metro;

ALOR SETAR: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya

terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini. Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang membuat persembahan sempena perasmian Ekspo Konvokesyen universiti itu pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu sudah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.-Bernama

INNALILLAHI WA INNAILAIHI RAJI'UN...

time tu ana duk sibuk berforum dalam learning care ngan student m.a lain...forum tu kene settle gak coz dah jadi tanggungjawab...kami 1 kelas kene berdiskusi berkenaan IS funding same ade nak choose chargeback, allocation or overhead method tuk company...forum tu dikire attendant coz lecture kami tak dapat hadir kelas...duk wat forum kat foyer College of Business,,,,,

Tibe2...kecoh 1 foyer de pesawat tehempas...student tak dibenarkan tengok..kawasan kejadian pihak berkuasa blok...bersyukur coz kapal tak terhempas area student...tambahan plak if terhempas kat dewan M.A.S...menangis student tak dapat konvo...

Turut dukacita atas insident berkenaan dan takziah buat keluarga mangsa..difahamkan terdapat masalah teknikal pada pesawat berkenaan. Pasti ada hikmah disebalik kejadian..mg semua ambik pengajaran...

video pesawat tehempas.. .. ..UUM. . .


Saturday, March 20, 2010

bElajar Drive hehe...

Jalan2 kat komplek sukan, try bawak kete...haha...senget benget cam ular menggelongsor...teruk bebenor...dah 5 tahun tak bwk kete wei...lesen tu dok gantung je kat dinding wat perhiasan...tak lah nampak kosong...Mak kate lesen terbang,hehehe...



mujur de member yg sudi jadi cikgu...sabar ngan anak murid yg tak mahir ni...Alhamdulillah lamer makin ok lah plak...practice mk perfect..Sambil2 release tension wat master ni...kiter cari lah hiburan yg HALALAN THOYYIBAH KAN..???merapatkan silaturrahim...



jalan2 kat komplek sukan besenam sekali...wat senaman refleksi kat kaki...bende ni bleh detect penyakit tao...lepas jalan atas ni badan jadi sakit2...kene minum banyak air...de banyak lagi aktiviti sukan yg ade kat komplek UUM ni, ADE giM, TRACK tuk squash, volleyball, netball, renang, badminton, bola sepak...em...banyak lagi lah......



ana jd jurulatih kat balapan...pemerhati depa ja...depa pun olok2 ja tu...interframe....lari just satu pusingan dah semput....FUH!!!....camne nak slim..





Sambil2 ambik lah gambar kat kerusi special ni...bila lagi kan?????

Bina Keyakinan Diri.....

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

Mana-mana idea yang boleh anda terima, bolehlah jadikan panduan , Maaf kalau pendapat ini tidak menepati syarat maksud yang anda inginkan bagi membina keyakinan diri. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman diri saya dalam membina keyakinan diri sendiri.

dIpEtik Dari....

http://mindataqwa.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

Khasiat buah pisang...

info yg BAGOS....

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkankita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘,mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! HEhe..Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tuesday, March 16, 2010

ummi ana behibbak...

Ummi.....

Untuk semua air mata-mu .....

Untuk semua kesedihan-mu ....

Untuk semua pengorbanan-mu ..... dan

untuk semua cinta dan kasih sayang-mu .... aku tahu .. aku tahu .. engkau banyak menyimpan harapan-harapan baru untuk-ku ...

Wahai Ummi...

Setiap tetes air mata-mu, bagaimana aku dapat untuk menyekanya, karena yang aku tahu tetesan air mata itu adalah mungkin aku penyebabnya ...

Setiap kesedihan-mu, bagaimana aku dapat membuatnya menjadi kebahagiaan

Setiap pengorbanan-mu, bagaimana aku akan dapat membalasnya, karena semua pengorbanan-mu itu adalah karena aku ...dan demi aku ...

Setiap kasih sayang dan cinta yang engkau berikan, bagaimana juga aku akan dapat membalasnya, karena engkau selalu limpahkan untuk-ku sebelum aku tahu dan sebelum aku memerlukan.....

Ummi............

Aku tak pernah bisa menyeka setiap tetes air mata-mu ...

Aku tak bisa menghapus semua kesedihan-mu ...

Aku tak bisa membalas semua pengorbanan-mu ... dan

aku tak bisa membalas semua kasih sayang dan cinta-mu .... walaupun aku yakin engkau tak pernah berharap aku akan membalasnya ...

Maafkan ku Ummi ....

Maafkan aku yang telah banyak membuat khilaf.........

Maafkan aku jika tidak berupaya menjadi seperti yang engkau harapkan ...

Maafkan aku yang terkadang sibuk dengan diri-ku sendiri.........

Ummi...

Biar berkali-kali engkau mengadu...telinga ini masih bisa mendengar.....hentikan keluh kesah itu, kerana kita masih beruntung...........

Setiap yang berlaku itu beserta dengan hikmah..

Orang-orang yang beriman itu, jika didatangkan ujian pahit @ manis, hatinya tetap bergembira kerana dia tahu semuanya dari Sang Pencipta...

Yaa Allah ....

Demi Ummiku NorSiah.....

aku memohon pada-Mu ..

sehatkan dia (Ibu-ku) jiwa dan raga-nya, bahagiakan dia di-dunia dan akhirat, panjang kan usianya Yaa Allah ... sampai aku bisa untuk membalas semuanya ... menghapus air mata dan kesedihannya ... membalas pengorbanannya serta cinta dan kasih sayang-nya ...

Semoga sentiasa dalam iman dan rahmat-Mu...

dedicated

"to my mother"

Friday, March 12, 2010

Lawatan ke Kilang HPA

Pe yg seronoknya hari ni ana n sahabat m.a pergi ke kilang HPA di perlis bersama adik2 muamalat dan uzt naim (pensyarah muamalat di uum)..perjalanan memakan masa satu jam lebih daripada Sintok ke Jejawi Perlis, kami mengiringi adik2 muamalat kira2 dalam 40 orang..kami telah disambut mesra oleh pihak pengurusan HPA , seterusnya lawatan dimulakan dengan sedikit taklimat tentang latar belakang syarikat dan langkah keselamatan semasa memasuki kilang pembuatan kapsul herba.



kilang herba adalah lawatan pertama kami, kami dikehendaki memakai topeng dan beberapa aksesori lain bagi mengelakkan pencemaran @ kuman..ana bangga dengan semangat pejuang2 HPA dalam memperjuangkan produk halal bagi umat islam khususnya di Malaysia, kerana mereka kita telah ada altenatif bagi produk KFC iaitu RFC (Radix Fried Chicken), dan banyak lagi produk2 lain sebagai altenatif. Seterusnya kami telah di bawa ke kilang pembuatan kopi radix, permintaan bagi kopi radix kini dikatakan umpama air mengalir kerana khasiatnya yg sangat banyak untuk kesihatan. Sebagai cenderahati kami telah diberikan beberapa sampel kopi radix untuk percubaan..bagi ana kopi radix telah sinonim dengan diri, dah hampir 3 tahun ana jadi ahli n melanggan majoriti produk HPA..




Kami sempat mengambil beberapa post gambar untuk dijadikan kenang2an..kerana saat sebegini bukan mudah untuk kita dapat, hanya dengan pelaksanaan program kami bisa berkumpul..kadang2 teringat memori lama bersama teman2 seperjuangan batch muamalat dulu..




Perjuangan HPA adalah untuk umat, moga Allah memberikan kejayaan kepada syarikat ini untuk berkembang maju sehingga terbinanya sebuah pasaraya hasil usaha "orang kita"..untuk mengetahui lebih detail berkenaan HPA..sila layari laman web ini http://www.hpa.com.my ..
Pada akhir lawatan, pemberian saguhati telah di berikan kepada pihak pengurusan dan ribuan terima kasih kami ucapkan atas layanan dan penerangan berkenaan HPA.



Berjuanglah bersama HPA, sokong produk orang kita selagi terdaya...mencari yg halal adalah fardhu bagi setiap muslim...

ma'asalamah....

Thursday, March 11, 2010

Sambal tahun...

hehe...bile tekenangkan cuti sekolah jap g ni..teringat lah plak kat sambal tahun mak...ni rindu kat mak ke...@ sambal tahun dia ni..???tak tao lah orang melayu kenal ke tak resepi ni..rase orang jawa je yg tao kot. .kalau nak tao nilah sambal tahun...penah nampak ke tak???...kalau orang kelantan or blah timur n utara memang tak kenal resepi ni...



biasenye mak buat sambal tahun time raya..kami br 7...suke makan..pedas pun belasah je...sampai mengalir air mata..sebab sedap.....alah bukan selalu makan pedas2 ni...kadang2 je.. ni resepi sambal tahun...hehe...mak ana punye resepi....

Bahan2

1 genggam cili api (buang tangkai)
1 genggam lengkuas yg telah di potong
1 biji kelapa parut lebih lagi bagus
Garam ikut rasa
sedikit Daging potong bentuk kiub
Kerang yg dikopek
Boleh juga di+ ayam n udang kalau mahu
nak guna bawang, udang kering n halia pn bleh..lagi sedap..
(pakai ayam kampung lagi best, coz tak mudah hancur..n kurang lemak..)

Cara2nya:

1.Perah kelapa n ambik santannya
2.Sediakan periuk tanah, periuk biasa pun ok.Masukkan semua bahan dlm periuk.
3.Kemudian masak hingga kering, Kacau selalu (if suka ada bawang, udang kering n halia maka eloklah tumis die dulu+sekali ngan cili n lengkuas tue..)

mak ana de 2 cara masak sambal tahun ni..de yg tumis dulu bahan n ade yg rebus sekali...coz..if tumis tue..pakat bersin satu rumah...hehe

Resepi ni di masak dlm tempoh yg lama,ikut org dulu2 hingga menjangkau tahun.Kena rajin tambah bahan2 tiap kali kurang...makin lama di masak makin sedap.

tulah yg menariknye pasal sambal tahun ni...dah berzaman2 dalam tradisi jawa...lagi2 jawa sabak bernam..kalau orang banjar makan mesti kene sedia tisu@pun baldi..hehe..pedas weii...!!..abg ipar ana orang banjar, kak ipar plak de yg melayu, kedah n sorang tue mmg jawa..yg jawa no problem punyOO...

If yg de penyakit usus tu..elak2 lah makan bende ni...if teringin bleh je..kurangkan sikit cili masa nak masak...

post entry ni ana wat sbb de shbt yg tanye...pelah menatang sambal tahun tu???

sambal tahun tu bkn menatang ye...tp makanan...tak baek cakap makanan camtu...ish3...dapat suami orang jawa yg giler sambal tahun nanti baru tao..post entry sambal goreng laen kali na...

mase tak mengizinkan ni...

SalaM....

Syeikh Tantawi meninggal dunia. .al-fatihah


Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita
AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Wednesday, March 10, 2010

9 march......

Seharian suntuk uruskan ptptn, banyak gak yg ralat kat borang permohonan, sebelum tu presentation tuk subjek marketing, alhamdulillah semua berakhir dengan baik, borang permohonan pinjaman pun pihak ptptn terima, walaupun banyak isu ttg ptptn yg mengatakan pijaman tu riba, tapi rase dah tak de care laen dah, mohon kat yayasan selangor, takde feedback n pengurusan lambat, yuran penginapan kene bayar dah, buku2 pun kena beli gak, tak der yg mdh dalam dunia ni, jd selalu mohon pada Allah mg d permdhkan sgl urusan. Walaupun abg2 sanggup nak support tp biarlah diri ni berdikari. Result Kpli keluar, dukacitanya permohonan tak d terima, mintak mengajar agama islam coz mmg minat aja bdk2 sbjek ni...dah ketentuan..pasti de hikmah, tuk Dpli mhn nak mengajar perdagangan n perniagaan coz rase sesuai ngan kelulusan degree muamalat ni..masih blur2 lagi sebenarnya same ade nak pilih perdagangan n keusahawanan, perdagangan n perniagaan & pendidikan moral. .Kalau bleh nak abiskan master ni sekali...n jika d peluang sekali lagi teringin sgt nak wt syariah even-thought diploma. tapi keje kena gak cari ni, nak bayar hutang ptptn..plan byk dalam kepala ni, ntah terlaksane ke tak ni..Ya Allah..sebagai muslimah..1 perkare tu pn kene fikir gak..SoaL jODOh????...macam biase yg selalu ana nasihatkan pd kawan2..jodoh tak akan jatuh bedeBuK!! dari langit 7..kena ushe ngan berpandukan syariat,,,walaupun byk yg propose tapi hati ni masih belum terbuka..mgkin belum tibe waktunye...mgkin si die pun sedang mempersiapkan diri ngan ilmu tuk memikul amanah yg berat ni,,mg ana mampu menjadi sayap kiri yg kukuh pada perjuangan suami suatu hari nanti..mgkin ade @ pun tiada, n walaupun ana tak mengenali dirinya, rupa n suara...doa ana mg dia sentiasa dalam jagaan Allah, mg dia dapat membimbing diri ini tuk lebih dekat dengan Allah..Solehnya bkn utk dirinya sahaja malahan tuk masyarakat umum...dalam kembara hidup selama 23 thn ni, hidup d rasekan cukup mencabar...agaknya mak ayah kite yg dah 60/70 tahun tu camne ye..???..Asam garam hidup orang yg veteran ni, kite kena ambik tau n kalau bleh banyak mintak nasihat dieorang, lagi2 yg berpegang teguh pada agama. ish mmg byk sgt bende fikir hari ni...Abis uruskan ptptn balik hostel, malam lapas isyak terus telelap..punyelah letih coz dokumen yg tak lengkap tu..,hari ni de kuliah prisip muamalalat ngan Dr Azizi..mg tak ngantuk lah ye..kang tesengguk2 plak kat kelas...

Friday, March 5, 2010

DebaRan Exam..bg sape2 yg nak exam..

Tak kire lah pe jenis exam pun..UPSR, PMR, SMA, SPM, STAM, STPM/ IPT, MID-TERM, FINAL..........

Setiap orang yang menghadapi peperiksaan pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Lagi2 yg tak cukup prepairation..ahakkksssss...

Bagaimana? Berikut adalah 5 cara untuk membuat Anda tenang sebelum exam start:

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tak tenang sebelum exam start sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum exam start,buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup tu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum exam start sebab kita rasa kita tak cukup ready nak menjawap soalan exam tu. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawap soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau study last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawap soalan.

Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

Bagi yg tak bersedia atas halangan tertentu..jawab sekadar yg anda mampu..jgn biarkan kertas kosong je ye. .

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka..Lagi bagus kalau untuk Allah & agama.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita amik exam supaya kita pass dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri Anda yang Anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

a'hah!!....jangan lupe selawat nabi sebelum masuk dewan exam..jgn tergesa2 nak kuar dewan bile dah abis jawab..buat semakan..mana2 yg lupa..istighfar banyak2..mana tau..1/2 jam masa lnak berakhir..Allah datangkan ilham..

Ingat yang nak bagi kejayaan kat kita tu Siapa??....Jadi doa banyak2 mg Allah permudahkan & beri kejayaan. .Tidak bermakna kejayaan tanpa diiringi rasa syukur..dan dinilai kembali erti kejayaan tersebut...Moga berkat Ilmu...

Selagi ADA...


sELagi Ada kemahuaN..disitu Ada JaLaN..

reZEKI Allah itu Luas....tapi perlu d cari...usaha3. .gandakan usaha..

D mana kita bertapak..berikan tumpuan..d setiap perhentian d sertai tanggungjawab..sambil membawa tanggungjawab utama sbg Hamba..sebagai seorang Anak..

Fuh!! pantas masa berlalu, 4 Tahun umpama 4 bulan..

Moga berjaya mencari lapangan perjuangan yg sesuai dgn jiwa..tadaH tangaN, mohon pd DIA..DIA Maha Mendengar. .

Bergelumang dengan ilmu fardhu kifayah..bkn permintaan utama..bagai lalang d tiup angin, tidak mampu menolak..seolah2 DIA mengkehendaki sesuatu kebaikan atas apa yg berlaku..

Bkn kerana Harta & Pangkat..Mencampakkan diri d antara kepahitan & kemanisan menuntut ilmu..

Hari2 bebanan2 mempamirkan resaH, dUNgu termanggu2, kiri & kanan jelas matlamat. .tetapi aku.......

Tidak sia2 ilmu. .yg termanggu itu aku..

Badai yg melanda, d rasakan sedikit cuma dgn membawa Allah bersama..Hati yg keluh kesaH CEPAT2 pergi setelah zikrullah..

Hati kian pekat menggelap, lantaran perkara maksiat. .Silap manusia jika merasakan diri cukup sempurna..sedangkan kita hamba yg hina..penuh dosa..

Taubat...taubat..taubat...bkn tau buat..

Nukilan aku..hanya aku yg faham..

Konflik ini sering berulang2...mungkin ujian..

berikan dorongan & sokongan..bukan kuat diri ini sendiri menggalas beban..jalan kejayaan setiap individu itu berlainan bukan??..mg kejayaan yg hakiki itu mampu aku kecapi.

Hamba yg lemah ini..mengharapkan doa agar d berikan kekuatan..

Thursday, March 4, 2010

Mana Satu Pilihan Hati ..

Pe gaknye yg menarik post kali ni ye. .

1-Ala2 uztaz, tapi.....
2-mMG uztz, mmg bagus
3-Mamat Konven bercita2 nak jd uzt, bagus cita2 tu..

Nak pilih yg mane ye>. .yg kedua kita yg kene propose...yg petama, kenapalah dia ni selalu ganggu hidup aku...ish3, yg ketiga masih mencari2 sambil memperbaiki diri, (amy, 2010)...

Kalau anda, pe gaknya pendapat anda??.Nak tao ni..tolong ye..

Comment 1=Alahai cik amy, carilah owg yg suke kat kiter...nak wat pe..sussah2..
Comment 2=Sian kat yg nmbor 1 tu, terima je lah dia tu..
Comment 3=Try propose yg kedua, andai kate dia dah ada @....,maka pilihlah yg ketiga tu..tapi make sure cita2 dia tu bkn mcm angan2 mat jeNin ye. .

Kalau pendapat ana lah kan...baik buruk ni subjek..manusia bleh berubah..oleh kerana subjektif ni lah, kena sedia ngan redha. plg penting benda ni kena bawak bebincang ngan family..yg kedua tu is the best choice lah,but...little bit difficult berbanding yg laen, yg pastinye petama tu kite kena hati2 ckit, coz takut penuh dengan kepura2an..Pepun..tunggu je owg masuk minang, solat istikharah n then just choose..pilih yg plg baik agamanya..it's easy wright....hehe
apa yg d maksudkan ngan subjek??
apa yg d maksudkan ngan redha??adakah dgn skdr berserah..
jUST thing about it...
Jodoh Perlu diusahakan..tapi ingat!! jalannye bkn main hentam..kena de panduan..macam nak amek lesen lah kan..macam2 buku panduan dia bg. Kalau kita ni berpandukan syariatlah..Jodoh tak turun BeDebUKS!!!! aOuucChT.....dari langit 7...

I u hv any other suggestion..feel free to comment...ariousssss..........
salam.. .

complicated. .argh!!. .

Astaghfirullah. .banyakkan zikrullah..akhir ini seringkali kedengaran keluh kesah. .jasad umpama patung hiasan yg digendong pemilik ke sana kemari. .juga umpama lalang ditiup angin, hidup tidak seharusnya begini. Hidup seharusnya mengandungi ruh!. . sebagaimana solat, jauhnya perbezaan solat yg didirikan antara sekadar melepaskan kewajipan dengan solat yg dilakukan beserta ruh dan ilmu, iman umpama termometer, suhu akan meningkat apb ianya dirangsang oleh haba panas. Ini bermakna iman tidak akan statik, perlu dibajai, disiram, dicantas untuk mendapatkan pucuk @ cabang baru yg lebih berkualiti. Perkara yg paling menyedihkan pada diri ini ialah apb tidak mampu melaksanakan sst yg dirasakan telah mantap teorinya..mmg benar hasil pengkajian para ilmuan, tingkat paling sukar adalah pelaksanaan. Begitu juga sebagaimana yang terkandung dalam buku pengurusan strategik dan penerangan oleh Mr. Shanmugam, tidak kira scholar barat @ islamic, mempersetujui kesukaran dalam pengaplikasian secara sempurna..Moga Allah berikan kita kekuatan. Andai kita diberikan kuasa untuk mengetahui apa yg akan berlaku dan kenapa??pasti kita tidak akan tertanya2??muhasabah setiap malam, tidak akan dipenuhi dengan tanda tanya>>Ya Allah...kenapa??kenapa??kenapa??..Diri ini masih goyah..moga dalam kegoyahan ini masih ada dahan kukuh untuk berpaut. .moga kegoyahan ini salah satu proses untuk menjadi lebih kuat. .aku masih punya sahabat. .punya keluarga. .plg penting aku punya Allah yg selalu setia dihati. .Doaku agar ianya kekal begini. .Agar Allah utama di hati. Moga yg aku kasihi turut menyedari keutamaan Allah di tangga teratas..Agar aku sentiasa dalam rahmat Allah dan tidak akan rebah apabila nikmat memiliki keluarga & sahabat itu ditarik. .ianya akan kekal dalam potret kenangan dan bakal bertemu di akhirat dalam kebaikan.

Diatas nama cinta pada yg selayaknya
kunafikan yg fana
Moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redha-Nya. . .
sARatkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga kurasai
NikmatNya..SyurgaNya...CintaNya..

Ya Allah aku Lemah..Berikan aku sedikit kekuatan atas kekuatanmu...Kuatkan aku ya Allah..

Tuesday, March 2, 2010

SPA nafi amal diskriminasi gender

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak mengamalkan diskriminasi gender dalam pengisian setiap jawatan dalam sektor perkhidmatan awam, kata Setiausahanya, Datuk Lamien Lawiyo, hari ini.

Menurutnya SPA tidak pernah membezakan gender pemohon kerana kelayakan dan kriteria pengambilan berpandukan kepada jenis jawatan yang dipohon.

Katanya pengambilan penjawat awam tertakluk kepada kesesuaian dan kelayakan berbeza mengikut kehendak dan keperluan kementerian dan agensi kerajaan.

"Mereka dilantik mengikut kehendak bidang pekerjaan. Misalnya, Jabatan Penjara meminta penjawat wanita untuk Penjara Wanita dan kami menimbang kehendak jabatan dan kementerian yang memohon," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan jersi kepada pasukan bola sepak SPA FC yang bertanding pada Liga FAM musim ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, baru-baru ini, bahawa dominasi penjawat wanita dalam sektor awam kian membimbangkan kerana ia akan memberi impak jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Ahmad Shah mendakwa semakin ramai penjawat wanita kini telah diberi tanggungjawab untuk memikul tugas yang memerlukan mereka membuat sebarang keputusan penting.

Katanya, hampir tiga suku daripada jawatan baru dalam kategori Pegawai Tadbir dan Diplomatic (PTD) telah diisi oleh kaum wanita, sekaligus bertentangan dengan dasar kerajaan yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan `pembuat keputusan' untuk golongan terbabit.

Kenyataan Ahmad Shah itu turut mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata pencapaian dan penghasilan mutu kerja adalah perkara yang paling diutamakan oleh kerajaan, bukan persoalan mengenai jantina.

Menurut Najib, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kemasukan untuk jawatan PTD pada masa akan datang didominasi oleh wanita jika peningkatan jumlah penuntut wanita di universiti berterusan.

Lamien juga memberitahu dari 490 jawatan PTD yang diperuntukkan, 250 daripadanya diberikan kepada calon lelaki manakala selebihnya diisi oleh calon wanita.

"SPA juga masih menanti maklum balas daripada beberapa kementerian dan agensi kerajaan berhubung anggaran kekosongan jawatan untuk tahun ini," katanya.

- Bernama

Monday, March 1, 2010

dpli, kpli or master. . .

Dpli dah kuar dah. .hari ni bleh beli nmbr pin. .confius si. .selagi de peluang apply je semua..ti just choose depend pd keyakinan n sokongan family..I know it's not that easy, but. .we hv 2 make it easy. .dont mess our mind with thinking smthing that out of our abilities. .we hv many choices. grab the opportunities. .if Allah gv me a chance to be a teacher, or another jobs that can support my family and pay PTPTN (this is my turn to contribute something not only for my family but also for Islam for Ummah). For sure I'll not just free or discharge it. .I can see my future more at kpli & dpli..I love to be a teacher, but who knows if i'm can get both of them, i mean finish my master & get offer from kpli/dpli. Alangkah indahnya kalau dapat dua2. .master is for my confidential, satisfaction and value added, of course also to add my knowledge and experience. KPLI/DPLI plak one of the strive area that i'm able to contribute something..InsyaAllah. .