Monday, April 26, 2010

salam...

lame dah tak send new post. .sepanjang minggu exam ni rase nak releks ckit.hari sabtu lepas travel kt alor setar sehari..g exam medsi plak kali ni..kpli dah kuar result interview. dukacitanya tak terpilih..kawan2 pun ramai yg tak dapat..agaknye kriteria camna yg depa pilih..ikutlah yang pastinya Allah lebih mengetahui..
ni yang tuk medsi tak tao lah cmna..kite tunggu bln 5 ni terpilih atau x...semalam submit exam test home muamalat..boleh tahan gak soklan..rase beruntung plak tiba2 amek kos muamalat masa degree, walaupun tak minat...antara part syariah mmg ana kurang berminat muamalat berbanding part ibadah, munakahat n jenayah...pepun..semua ni ilmu yg berfaedah..memang tak rugi belajar. Mungkin benda yg kita tak pandai n tak nak tulah yg Allah nak bagi..Ana pun syorkan kat adik2 tu amek muamalat coz ramai orang Islam yg tak tao psl transaksi islam ni..camna akad dia n bersumberkan apa..bkn berdasarkan ciptaan manusia.
selasa nanti exam last, paper marketing..banyak gak yg tak bace lagi ni..pasni nak balik kampung, nak jumpa mak ayah..kucing kesayangan..moto rempit kesayangan yg banyak berbakti KBC270..rindu kat rumah, bilik n dapur sebagai medan peperangan yg plg indah.huhu...rindunya..buku resepi baru dah beli..bln 5 ni nak try semua..biar mak releks..





balik kampung ni membangkitkan nostalgia lama...kena hargai semua tu...if ada masa n peluang, balik lah...jgn terlalu mementingkan urusan peribadi..jengok2 orang tua selagi mereka masih ada..rasa nak upload gambar mak ayah dalam blog..tapi gambar yang romantik tak ada..mungkin abang2 laen de simpan. .huhu...dah lama kami sekeluarga tak amek gambar, biasa time raya je bekesempatan..tu pun raya lepas tak dapat nak amek gambar gak...maklumlah keluarga besar.. jarang2 dapat kumpul kat kampung..mak yah+Kami 7 beradik+ipar 4 orang+anak saudara 15 orang=29 orang. If bekumpul raya satu rumah, masak macam kenduri doa selamat, mujur tak macam kenduri kawen...
ish..Bila nak beli tiket ni gaknye..nak balik naek bas kelang n then amek bas sabak bernam plak..Doakan exam ana berakhir ngan baik n najah, bagi yang mengenali...n doakn tiket balik kampung tak abis..hehe..

Sunday, April 11, 2010

InsyaALLAH...song by Maher Zain




LYRIC...

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Friday, April 9, 2010

Examination schedule...

Bermula minggu depan ni exam....uiit...exam dah.....????



bedebarnye...tak bace buku lagi nih...esok kene rushing flashback....macam tak bljr pape g je rasenye..sah2 byk berangan....master ni cik sitimin...bkn degree...mesti skor A...plg low B...C, D, & FAILED cannot be accepted...banyak nye kene bace..



tuk 1 st subjek ni susah ckit...semua chapter masuk n then close book sit exam...huhu...tatutnye....kene elebrate byk nih...goreng jelah janji tak hangus....ish...risaunye kalau salah..



Ni tarikh exam...15 (management information system), 18 (Human resource management), 21 (Muamalat principle in islamic capital n money market), 27 (marketing)...all in april...





besepah2 kertas...hehe...banyak nye yg tak paham??huhu...tak leh putus asa....ushe2 masih de mase...1 minit pun bermakne..ajja2..fighting!!


Jawab jgn biarkan kosong......



doa ni mgkin boleh membantu...

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Moga dipermudahkan....amin...

cayok2..bace buku rerajin....pastikan paham stp term..

info lebih lanjut berkenaan doa peperiksaan,,singgah laman web ini: http://permai1.tripod.com/doa.html




Tuesday, April 6, 2010

classmate marketing

Pagi tadi presentation marketing....
Alhamdulillah dah berlepas drpd 1 masalah...syukran n syabas wat classmate. .kira2 jam 11 pagi present kami tamat..tak semua kene present just 1 / 2 jer..


present berkenaan strategi syarikat untuk kekal dalam pasaran..kumpulan kami bentang berkenaan strategi company yeos ...syukur lah tak de Q & A..fuh! lecture lah selalu yg banyak soklan...clasmate sporting...tak tanye pepun....HEHE...tp camne pun soklan memeriahkan suasana..walaupun x present coz bkn part tajuk assigment.just present part of it....tp nervous still ada..ye lah dah name pun 1 kumpulan..if pape problem masing2 kene backup..





Student international ramai gak tp tak semua dapat amek picture...ti laen kali lah...kenangan kan>>>>banyak lagi mase...best dapat berkenalan ngan macam2 jenis orang ni...tp kdg2 lelah gak...maklumlah..pelbagai ragam





tak sangka sem ni bakal berakhir...tinggal exam final n still preparing for another one presentation....last presentation wat kat lecture room...seram gak coz this lecture very detail about APA system...huhu...doakanlah..ni pun masih tak clear lagi assigment...
x tao pe yg bakal tejadi. pepun just keep it up..banyak bende lagi nak pk ni...



ni menyempat post kat tepi lori nih...menarikk...hikhik...pepun....peace no war!! for the next challenge be brave....spirit come by solat...sprit come by du'a....ALLAHUMMA NAJJAHNA FIL IMTIHAN BITTAFAUWUQ...FIDUNYA WAL AKHIRAT....

permata ibu..

Didik anak dalam kandungan

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran? Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga. Terhenjut-henjut tangan, juga kaki. Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

“Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, ‘remaja tua’ pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu” kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

“Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran”, saya menambah

“Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: ‘fantasi’) TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu…” ulasnya lagi.

“Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh” balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul. Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak. Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya. Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan dan murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai, dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur. Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak. Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu. Sebab itulah, terdapat gesaan agar, anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran kea rah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam, dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung. Perasaan ibu perlulah damai. Jika stress, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor. Oleh itu peranan bapa selaku lelaki paling hamper amatlah penting. Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah – bukan anak-anak yang derhaka pada kita…

post for... bakal2 ibu..

Disunting.. http://abimuslih.wordpress.com/2007/07/12/didik-anak-dalam-kandungan/