Tuesday, January 25, 2011

Ya Allah pimpinlah hatiku. .



Ya Allah. .seringkali hati ini di ganggu...
seringkali hati ini gundah..
Ya Allah, aku cuma mahu..
Engkau yang aku utamakan di tangga teratas hati ku..
Dan, biarlah selamanya ia begitu..
Sesungguhnya hamba-Mu yang lemah lagi hina ini
amat berharap pada-Mu
Ampunilah dosa2 hamba-Mu..
Memang benar jiwa ini resah gelisah..
Aku tahu penawar-Nya tidak lain..ada pada-Mu..


Ya Rabbi pimpinlah aku..
Bantulah hamba-Mu..
Mungkinkah ini juga ujian..
Tidak, untuk yang kesekian kali..
Aku lelah..berhadapan ujian sebegini..
Hadirkan lah tenang..
Di sepanjang perjuangan imtihan dunia juga akhirat. .
Permudahkanlah Ya Allah....


Ya Allah, jangan kau bebani aku
dengan sesuatu yang aku tak mampu..
Hanya dengan merasa kebersamaan dengan-Mu,
aku kuat, teguh...yakin..
Kau penguatku..Kau penunjukku..
Aku rindu suatu saat dahulu..
sedikit nikmat iman yang Engkau pinjamkan..
Benarkan perasaan itu terus bercambah dan subur..


Ya Allah..sesungguhnya kau Maha mengetahui segala hati2..
Ampuni dosa2ku...
Bersihkan noda dosa yang bisa menggelapkan hati..
Tanpa-Mu aku lemah..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun..
Pagari hatiku dengan iman..
Jangan biarkan ia runtuh
setelah membinanya dengan penuh sabar..


Hadirkanlah wasilah yang bisa membuatkan aku teguh menuju-Mu..
Yang bisa menjadikan aku terus tenang dalam ketaatan pada-Mu...
yang bisa menjelaskan matlamat yang kadangkala kabur..
Lantaran kejahilan dan ketidaksempurnaanku..
Mohon aku juga menyempurnakan...
Seterusnya berikan kami kekuatan dan keteguhan iman..
Terus meletakkan Engkau di tangga teratas..
Dan kembali kepada-Mu terhadap segala permasalahan..


Firman Allah s.w.t surah al-An`am ayat 32:


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ(32)

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”

Firman Allah s.w.t surah al-Hadid ayat 20:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ(20)

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”


Wednesday, January 19, 2011

Renovate hati..



Renovate....Renovated....

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini jahil
Masih banyak yg perlu di perbaiki..
TanpaMu aku lemah...

EDCOUSTIC
Aku Ingin Mencintai-MU

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu
sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakan-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......


Ya Allah, pimpinlah aku ke arah jalan yg kau redhai..
Sehina mana pun diri ini, aku tidak mahu Engkau jauh..
Matikan aku dalam keadaan Khusnul Khatim..
Aku mahu bertemu dengan-Mu..dalam keadaan indah..

bicara baik menyenangkan



Perkataan baik itu menusuk dalam hati manusia dan mula berkembang ibarat benih menjadi pokok dan pokok menjadi rimba dan ibarat sungai menjadi lautan, tidak rugi berkata baik.

Berkata baik itu sedekah

Diriwayatkan dari Adi bin Hatim R.A:
ketika aku sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W, dua orang laki-laki menemui Rasulullah Saw, salah seorang dari mereka mengeluhkan kemiskinan dan yang lainnya mengeluhkan berkenaan rompakan. Rasulullah S.A.W bersabda,
“mengenai pencurian dan perompakan, dalam waktu dekat akan ada sebuah kafilah yang menuju Makkah (dari Madinah) tanpa pengawal. Dan mengenai kemiskinan, hari kiamat tidak akan datang hingga salah seorang dari kalian berkeliling untuk menyedekahkan kekayaannya dan tidak akan menemukan seorangpun yang menerimanya. Dan salah seorang dari kalian akan berdiri di hadapan Allah tanpa penghalang atau pun penterjemah, dan Allah akan bertanya kepadanya, ‘bukankah telah Kuberikan kekayaan kepadamu?’ ia akan menjawab membenarkan.lebih jauh Allah akan bertanya kepadanya, ‘bukankah telah Ku kirimkan seorang Rasul kepadamu?’. Ia akan menjawab dengan membenarkan. Kemudian ia akan melihat ke sebelah kanannya dan yang ia lihat api neraka, dan ketika ia melihat ke arah kirinya yang ia lihat api neraka. Maka selamatkanlah diri kalian dari api neraka, meskipun dengan memberikan separuh kurma (sebagai sedekah). Dan seandainya kalian tidak memiliki separuh kurma pun (sebagai sedekah) maka bicaralah dengan kata-kata yang menyenangkan.”
(Sahih Bukhari)


Tidak ada sesuatu yang lebih menyenangkan daripada menimbulkan senyum di pada wajah orang lain, terutamanya pada wajah orang yang paling kita cintai..


Terjemahan Hadith: Hadith 40

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Ya Allah peliharalah lidahku daripada menyakiti hati saudaraku...selama mana kita bersahabat, pastinya ada yang terluka ada yang terasa, mohon jutaan kemaafan dulu, kini dan di masa akan datang, sesungguhnya sahabatmu ini tidak sempurna..moga kita saling mengingati dan saling menyempurnakan..Takdir Allah kita bertemu dan bersahabat, takdir Allah juga kita berpisah..

ukhwah fillah abadan abada...sayang kalian kerana sudi hadir dalam hidup, kata-kata baikmu menyerikan hari dan suram di hati..

....pasti aku rindu...

kata-kata baik ibarat salju :D

Sunday, January 2, 2011

Cita2 yang tak pernah menjadi. .


Artikel ini dipetik dari web http://www.iluvislam.com
Sangat menarik n bermanfaat pd diri ana, muhasabah kembali. . .

CiTa-CiTa Yg TaK PeRNaH meNjaDi. . . .
Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.

Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'

Okeylah, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!

Mengapa terjadi begini? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa sahaja?

Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.

Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah [I]master of our destiny[/I], lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya).

samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)

di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

~ Al- Hadid: 20~

Justeru itu, janganlah terlalu berbangga bila memperoleh apa yang diimpikan. Jangan pula meraung sakan andainya apa yang dicita-citakan tidak dapat digapai. Segala-galanya adalah hak Pencipta seluruh alam ini.


Biodata Kolumnis
Norden Mohamed merupakan Ketua Pengarang akhbar http://www.sinarharian.com.my
terbitan Grup Media Karangkraf. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd. dan Pengurus Sumber Manusia Grup Media Karangkraf. Graduan UiTM dalam bidang Senireka Perusahaan ini pernah menyumbang bakti sebagai Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Beliau menulis di http://maafcakap.blogspot.com