Thursday, February 24, 2011

From blog anakkusoleh.com..


Suka baca post blog nih..emm..bkn senang nak didik anak..

Tajuk entri: Mengapa Allah Tidak Makbulkan Doa Saya?

Dialog nabila & mama:

Nabilah: Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot

Saya: Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya)

Nabilah: oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk

(Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..)

Saya: Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia.

Nabilah: Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun? (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan)

Saya: Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbulkannya bila kita tiba di akhirat nanti.

Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu adalah untuk kebaikan kita. Dan Allah simpan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang lain, kerana itu lebih baik untuk kita.

Adakalanya, Allah simpan doa kita..sampai ke akhirat sana. Bila sampai di sana nanti, kita berharap semua doa kita akan dimakbulkan hanya di sana sahaja kerana ganjaran yang Allah simpan untuk kita adalah sangat-sangat besar.

Yakinlah bahawa, setiap apa yang Allah tentukan untuk kita, baik ke..buruk ke…Itulah perkara yang TERBAIK untuk kita.

Jadi, dalam keadaan apa pun, kita kena terus berdoa. Kerana itu tandanya, kita yakin dan saaaayang pada Allah. ok? ;-)

Nabilah: :)

Nota:

Saya tidak pernah saya tahu, samada Nabilah boleh memahami jawapan saya atau pun tidak. Memandangkan usianya baru 4 tahun++.

Hakikatnya, semua jawapan yang saya berikan adalah datangnya daripada Allah. Semoga usaha kecil ini dapat menjadi asbab pertambahan iman Nabilah dan iman saya juga. Aamin. ;-)

Ummu Solihin




Ya Allah, jika diberi peluang menjadi seorang ibu suatu hari nanti..jadikan lah aku ibu yang mithali serta bijak meng-arah fitrah anak2 untuk taat pada-MU..Moga iman dan akhlaknya lebih baik berganda2 daripada aku..



Sunday, February 20, 2011

Jangan menyeksa DIRIMU dengan perasaan resah dan gelisah..


Kata orang hidup itu sememangnya sukar dan membuat wajah menjadi murung. Aku katakan teruslah tersenyum, biarlah mendung itu tetap di langit sahaja.
_______________________________________________________

Kesan paling buruk dari kegelisahan ialah mengurangi kemampuan dan memencarkan kemampuan fikiran. Ketika kita sedang gelisah, maka fikiran kita akan berselerak tidak keruan. Akan tetapi jika kita memaksakan diri untuk menghadapi akibat yang paling buruk, maka kita telah meletakkan diri pada posisi yang membuat kita boleh menumpukan fikiran dan mengenalpasti masalah.

Jika kita dalam keadaan runsing, sudah tentu kita tidak akan bersemangat untuk melakukan apa2 pekerjaan yang baik. Salah satu dari perasaan ini saling meniadakan yang lainnya. Ketika anda merasakan bahawa kegelisahan akan mengganggu anda pada hari ini, maka kembalikan ingatanmu pada keadaan terburuk yang anda alami pada masa lalu. Dengan demikian, akal dibebani dua genggaman yang berbeza sebagai ganti dari dibebani oleh satu genggaman.

Genggaman yang lebih kuat yang berlaku pada masa lalu akan mengalahkan genggaman masa kini yang lebih lemah. Ketika itu seseorang akan berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari krisis pada masa lalu. meskipun demikian, akan melaluinya dengan selamat. Jika kamu telah melampaui krisis itu dengan selamat, hari ini akan lebih ringan beban dan bahayanya.

Kerunsingan dan kegelisahan lebih mengganggu di luar waktu2 kerja anda. Bagaimanapun kegelisahan akan mengganggu kamu ketika kamu menganggur@bersenang2, tidak bekerja. Pemikiran ketika itu akan berbaur dan menghadirkan pelbagai kemungkinan. Untuk mengatasi kedaan seperti itu adalah dengan menyibukkan diri dengan kerja2 serius..

Pedoman hidup
Perkara2 kecil dan remeh sering mengheret orang yang bijak turut menjadi gila
Hidup adalah hitungan minit dan saat..


Friday, February 18, 2011

18 feb 2011 jumaat yang indah. .


18 Feb 2011..jumaat yang indah..pengubat rindu, rumah Allah yang telah lama tidak ku kunjungi lantaran kesibukan sebelum ini..Bergetar jiwa mendengar bacaan imam, syahdu dan tenang..Mungkin juga kerana thesis yang telah selesai sepenuhnya dan telah pun tercatat dalam list penerimaan oleh pihak universiti..cuma tinggal debaran menunggu keputusan..

Aku dapati sedikit kelapangan di jiwa..Alhamdulillah..alangkah indahnya jika tiap2 hari begini..Setelah selesai solat isyak..aku berjalan ke kedai buku berhampiran mall..lalu ku lihat..sebuah buku yang telah lama ku idam2 kan..tapi aku melarang diriku daripada membeli.....

Ini bukunya.................



Di permukaan buku ini tertulis namaku "AMINAH" nama yang sama dengan ibunda Baginda Rasulullah....Aku ingin buku ini di hias menjadi seperti ini, sebagai panduan dan hadiah yang amat2 berharga buat diriku....Sebenarnya aku teringin membacanya dengan penuh penghayatan..tapi entah kenapa aku melarang diri untuk membeli..pelik sungguh AMINAH yang satu ini...lain daripada AMINAH yang lain..atau ada diantara AMINAH lain yang pelik seperti aku..(Maafkan aku sekiranya kepelikan ini sesuatu yang tidak menyenangkan dan menjadi kesalahan..)


Terasa indah dan penuh makna bila buku ini dihias..
Terima kasih kepada mak ayah kerana memberikan aku nama yang indah..
~AMINAH~
nama ibunda Nabi Muhammad s.a.w
________________________________________________________________

InsyaAllah..mungkin esok aku ingin sekali lagi memijakkan kaki ke dataran ketenangan..kerana aku rindu perasaan sebak, rindu deraian air yang jatuh kerana-Nya..aku rindu setiap apa yang ada di dalamnya..Mungkin juga kerana aku bakal berpisah dengannya, namun rumah Allah itu ada di mana2..



Thursday, February 17, 2011

Berfikir aku perihal kecil berkenaan aurat



Kesilapan kerap wanita tentang aurat:

Kesalahan 1: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja
Kesalahan 2: Bertudung, tapi berkemeja-T lengan pendek
Kesalahan 3: Bertudung, tapi baju kebarung terbelah kainnya
Kesalahan 4: Bertudung, tapi kainnya sendat, sempit, nipis, lalu mendedahkan kawasan2 yg menggoda.
Kesalahan 5: Bertudung, tapi nampak jambul n hujung rambutnya.
Kesalahan 6: Bertudung, tapi hanya memakainya di pejabat sahaja
Kesalahan 7: Bertudung, tapi tudungnya d lempar ke belakang leher..maka terdedahlah bahagian2 yg tidak sepatutnya tu..
Kesalahan 8: Bertudung, tapi tudungnya nipis sehingga boleh d lihat sanggul, leher, tengkuk..

Banyaknye kesalahan...kadang2 tudung bidang 60 pun ada yg nipis..kena pandai2 nak menggayakan..

Teringat nasihat & peringatan drp uzt & uztazah:

Syarat nak pakai smthing (pakaian) yg menepati syarak simple sahaja, yg penting

1st: Tidak jarang
2nd: Tidak ketat
3rd: Tutup semua kecuali muka & tapak tangan

macam aurat dalam solat..

Fikir2 kan la..(Nak lilit ke, belit ke, terpulang..tapi jaga yg 3 tu, & 1 more:warna pakaian jangan strike sangat, sakit mata..p/s: tuk diri sendiri gak..maklumlah warna strike ni cantik gak..lg2 warna merah, meroon, oren, & pink..)

Sesungguhnya Allah kasihkan kita, sebab tu DIA aturkan undang2 agar wanita menutup aurat..Ya iya...manakan sama yg bertudung dengan tidak..Jika tak bertudung..selangkah kaki menapak ke luar rumah & terlihat oleh lelaki yg bkn muhrim..lalu malaikat apa yg mencatit???..
__________________________________________________________________

Ni baru pasal aurat, tu pun dah tesilap..Belum sentuh hal2 lain, banyak lagi yg perlu d perbaiki..al-maklumla..aurat muslimah bkn sekadar pakaian..emm..kadang2 yg jurusan islamic study pun still silap lagi..Lalu bagaimanakah?..Silap @ saja2 nak buat silap @ emm...macam2 tanggapan dalam kepala ni..Mungkin juga pengaruh fesyen begitu kuat sehingga menggoyahkan iman untuk memakai sesuatu yg tidak cukup syarat..Lagi menyedihkan bila melakukannya dari golongan yang tinggi pengetahuan agama..Kos ________++++++...

Igt sahabat, seharusnya kau yg membawa & mengingatkan aku yg jahil ni..Ya! memang aku lemah bila berdebat berkaitan ilmu agama..Namun aku nekad untuk tahu..supaya dengan ilmu itu, aku mampu lebih kuat & menguatkan orang lain terutamanya orang2 yg aku kasih, yang berada d sekelilingku..

Tanda aku sayang aku menegur..jika kau kasihkan aku tegur juga kesalahan aku..Saling nasihat menasihati..itulah erti persahabatan..Biar bersahabat kerana Allah...Untuk hidup di dunia aku tidak mampu nafsi2..aku perlukan kamu..AKU HARGAI & SAYANGI KALIAN..Mg kita berjaya dunia akhirat..


Wednesday, February 16, 2011

Books. .


Alhamdulillah..tuk thesis ada progress..hanya tunggu proses penjilidan n dapatkan signiture from supervisor @ musyrif thesis khamis ni..dalam kekalutan minggu peperiksaan beberapa minggu yang lepas, ana menyempatkan diri tuk shopping2 sikit...selain daripada buku adalah gak shopping2 barang2 lain..hehe..k, "Offline dengan syaitan" & "online dengan tuhan" adalah dua buah buku yg baru ana beli antara banyak2 buku yang ada sempena ekspo hari tu...sambil2 menelik hadiah hari lahir adik januari lepas..




Untuk adik juga sebuah buku bertajuk "Kenapa Rasulullah x pernah sakit"..ana suka baca buku yg simple2 n tak berat utk d fahami n d baca..sesuai la ngan ana nih..Walaupun ringkas tp jika d fahami secara mendalam..cukup utk d jadikan panduan..insyaAllah...(yg penting amal ilmu yg ada n istiqamah...ولا حول ولا قوة الا بالله)..Kalau nak baca yg berat2 nih..kenalah berguru, wajib bg ana..! Bimbang salah kefahaman..n bimbang langsung jadi tak faham..gagal membedah buku sendirian..Maafkan diri yg lemah ini...Bagi yang mendalami islamic study specially usul, hadith n etc. antum sgt2 bertuah..mungkin lbh mudah utk memahami buku2 yg heavy..n byk link..




After final exam law..ana shopping buku lagi..kali ni buku masakan, keluaran PTS, chef hanieliza, Nazira Noran, chef masnah..hehe..hobi lama nih..rase da lama x polish ilmu masak..bkn hobi tp wajib masak n improve..Satu je halangan nak masak ni..syok klu de yg rajin makan..ana x mao makan..nak diet la kononnye.. :D Sementara duk kampung ti, sambil2 mencari2 peluang pekerjaan..Hope sgt result sem ni o.k..n segera konvo, emm..mungkin bulan 8 kot..InsyaAllah..

Dalam keseronokan penghujung study m.a nih..de gak teselit sedikit kesedihan utk berpisah..Ini lah lumrah..ada pertemuan n ada perpisahan..hatta yg akrab sekali pun pasti berpisah..berpisah jasad mungkin..Namun hati..InsyaAllah tak mungkin ana lupa ukhwah kita..Lepas ni kita berjuang di medan yang berlainan..barangkali dengan dugaan2 yang mungkin jauh lebih hebat..Sahabat sama2 kita saling mendoakan..Sure I'll miss U..

Terasa mudah perjuangan ini atas rahmat n kasih syg Allah..walaupun hambaMu ini seringkali melakukan dosa..sama ada secara nyata @ sembunyi..Namun Kau masih menyayangi..Perbaiki lah hatiku n berikan aku kekuatan untuk terus taat..

Ya Allah usah kau palingkan aku setelah Kau beri hidayah...Amin~~
Jangan putus asa..berusha jadi baik n bertambah baik..!!!


Friday, February 11, 2011

Setelah gelap akan terbitlah cerah. .



Analogi sebatang pokok untuk motivasi diri.........



Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yg kukuh dan kuat. Bermula dengan benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yg besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yg kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuat angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yg tidak terlihat, menjadi tunas yg bercambah dan akhirnye bertukar menjadi pohon yg besar. Mari kita jadi manusia yg tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di laut masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar..
(Just analogy)
__________________________________________________________________

Alhamdulillah..final exam last dah pun berlalu..cuma perlu sikit je lagi tuk settlekan thesis ni. Mohon resultnye o.k..Allah Maha Kuasa..apa2 pun kena get ready..al-maklumlah sbjek law sape yg tak nervous kan....??Kite ni da la x teror law...mmg hebat sape2 bley wat kan hati ni jatuh cinta kat subjek law ni..sivil law...

Adik kesayangan kerap tak sihat sekarang ni..Syafakillah..mg Allah ringankan beban sakitnye..hati d dalam siapa yg tahu...bibir tetap setia mengukir senyuman biarpun, hati.......???. Pe yg tertulis d fb pun x mampu mempamirkan apa sebenarnye yg berlaku..biar beratus komen meleret bercampur segala -ve, +ve..

Debaran hati semakin kencang mengenang masa depan yg masih jauh...sedangkan esok masih belum tentu..d hadapan masih banyak ujian..Hidup mmg betul2 mengajar kite utk lebih dewasa..mg diri ini belajar n jd lebih matang....Letakkan dunia di tangan bukan d hati.. Jangan terlampau sedih dan jangan terlampau gembira..

Yakin akan janji Allah...
Yakin akan rahmat Allah.....