Friday, March 4, 2011

Alhamdulillah... truly this is my last sem..



Debaran menanti natijah imtihan dah berakhir..alhamdulillah natijah walaupun sedikit merudum berbanding sem lepas tapi tetap syukur lulus dengan baik..lepas ni mungkin menanti debaran yang lain pula :D . Pelbagai jenis debaran yang ada kat dunia ni..namun debaran yang paling mendebarkan adalah debaran menghadapi saat kematian..(p/s:hakikat..). Ramai yang mengejar A dalam peperiksaan & sanggup melakukan apa sahaja untuk lulus dengan cemerlang..tapi untuk cemerlang di hari akhir ramai yang lupa..(p/s: termasuk diri sendiri)..Ya Rabbi..walau apapun yang terjadi aku mohon penghidupan ini berakhir dengan khusnul khatim.....(wajib muhasabah..)

Moga rezekiku dimudahkan dan diluaskan lepas ni..ada pelbagai kemungkinan sama ada aku akan teruskan perjuangan menuntut ilmu @ bekerja @ pun kedua2nya dalam satu masa..Ya! hidup perlu di rancang..kalau mampu secara details, itu adalah lebih baik..hidup ini sendiri memerlukan strategi...analisis SWOT juga perlu di lakukan kepada diri sendiri bukan hanya spesifik pada industri @ mana2 organisasi...

__________________________________________

BANYAKKAN ISTIGFAR AGAR DOA MAKBUL, REZEKI LUAS

Terkesan sungguh dengan ibrah ayat (Nuh:10-12) pohonlah keampunan jika engkau ingin memohon pembuka jalan daripada Allah

Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kpd Tuhanmu’, sesunguhnya Dia ialah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. [Nuh : 10-12]

Daripada Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsir berkata :” Maknanya, jika kalian bertaubat kpd Allah, meminta ampun kpdNya dan kalian senantiasa menta’atiNya, niscaya Ia akan membanyakkan rezki kalian menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kalian berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kalian, melimpahkan air susu perahan untuk kalian, membanyakan harta dan anak-anak untuk kalian, menjadikan kebun-kebun yg di dalam bermacam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai diantara kebun-kebun itu (untuk kalian)”. [Tafsir Ibnu Katsir, 4/449].

Mungkin..kita perlu banyak beristigfar dan memuhasabah diri… Doalah yang terbaik dari Allah. Moga Allah buka jalan untuk kita semua. Wahai diri, bersabarlah..sudah tentu Allah ingin menguji mu agar mendapat kesenangan selepas kesusahan. Jangan mengeluh..teruskan mujahadahmu,amalan sholehmu dan teguhkanlah cita-cita dan impianmu agar syaitan pun tak mampu menganggu gugat imanmu. Seeru ‘ala barakatillah..

Allah!


Thursday, March 3, 2011

Singgah sebentar..istirehat di kampung....


Alhamdulillah..27 feb dapat hadir ke walimah sahabat tempat kerja lama..lepas ni 6 march, 13 march, 18 march..emm..ada banyak lagi jemputan ke kenduri kawen. Mungkin ada salah satu @ 2 @ 3 yang x dapat ana penuhi..If ada rezeki & kemampuan insyaAllah ana pasti hadir. Mana2 yang ana x dapat hadir tu, ana harap enta/enti x berkecil hati..Seboleh2nya ana usaha untuk penuhi jemputan..Al-maklumlah masih bujang..hanya perlukan permission dari parent yang sangat sporting..If dah ada husband! emm..tak tahu la ana...harap2 lebih2 lagi lah sportingnye ye... :D


Sambil2 kenduri..sempat gak ana balik kampung ziarah mak ayah kat kampung..Tu pun rezeki jumpa sahabat lama yang satu jalan balik ke kampung ana..sekali lagi Alhamdulillah.....Dapatlah ana temankan mak riadah kat kebun belakang rumah..(p/s:nak p kebun kena pakai proper mcm angkasawan, bukan pe..untuk menghalang nyamukss2)



Rasa tenang sungguh tinggal kat kampung jauh dari hiruk piruk kota..sesuaila if nak tenangkan fikiran..Lagi best if musim buah..sedapnya dapat makan buah rambutan, pulasan, manggis, rambai, cempedak, nangka....yummi...!! :D..Rindu gak kat itik2 .. ngeehehe



Sambil2 p kebun sempat gak ana amek gambar pokok2 bunga yg mak tanam..ana post kat fb je gambar2 tu..kat blog just 1 ni je..sapa2 yang minat tanam pokok & nak order bleh la order ye..hehe..mak ayah ana minat tanam2 pokok & ternak ayam itik nih..selain tu depa minat gak aktiviti macam marhaban, rewang kenduri kendara..jenis yang rajin & x pandai duk diam..wajib! melakukan sesuatu yang berfaedah..biasa la aktiviti orang kampung..emm..itu lah mak ayah ana..sinonim dengan kenyataan majoriti "orang jawa ni rajin & kuat kerja"..(p/s: majoriti kata...minoriti??? I don't know..)huh! anak2 depa ni wallahua'lam...hehe..harap2 menurun kat anak2..(maaf la bhs bercampur, ana ni dah 6 tahun duk area kedah, tambah plak anak saudara 4 orang tu cakap bhs kedah, so dah terbiasa..)


Pokok sireh pun ada..senang la nak wat sirih junjung ti..hehe..mak dah biasa gubah sirih junjung untuk pengantin..


mak ni serba boleh gak..dont play play with her..jadi bidan pun bley gak tu..bidan terjun :D


Syukur Alhamdulillah dengan tangan2 mereka lah kami berjaya ke menara gading & mengecap nikmat dunia yang serba indah...Syukran Ya Allah atas wasilah & nikmat-Mu ini.....Betapa besarnya jasa mereka..mungkin tak mampu ana balas..ana akan cuba berikan yang terbaik..insyaAllah...Amin...

Sesungguhnya Redha Allah ada pada Redha kedua ibu bapa..