Thursday, December 22, 2011

Bagaimana hilangkan boring?


(soalan yang paling boring pernah aku jawab, paling!)

Best!! jawapan uztaz

Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, dan bila sudah selesai semua itu, korang email aku dan tanya soalan yang merepek dan merapu, iaitu bagaimana nak menghilangkan boring..

(boringnya)

Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karaoke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, (kelab keretamayat tak masuk pulak?) lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?

Tapi sebab aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..

Daripada korang terpaksa belanja besar untuk hilangkan boring, aku bagilah jugak nasihat boring dari aku yang betul betul menjimatkan kos akan bagaimana nak menghilangkan boring, terimalah:…

Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah

(Nota: segala kejadian yang tidak diingini andai berlaku ketika korang jalankan aktiviti ini adalah di luar tanggung jawab keretamayat.-harap maklum)

Tip hilangkan boring di waktu pagi
Sebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..

Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..

Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..

Maka siaplah sebuah ‘obor’, dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang ‘kagum’ melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…

Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah mereka..

Woha!

Tip hilangkan boring di waktu tengah hari.
Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan ‘alibi’ kewujudan korang di sana, lepas dah hilang boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?

Korang cakaplah:
“Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri”

Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, boring tentu hilang, he he ..

Tip hilangkan boring di waktu petang.
Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water, sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampong atau taman yang terdekat, tak kiraler kampong atau taman siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.

Bukan apa, kat kawasan kampong atau taman, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbandaran atau mempupuskan nyamuk, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.

Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!

Woha!

Tip hilangkan boring di waktu malam.
Apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..

Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..

Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam polis selalu buat bila road block tu..

Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu.

“Dah lama bawak kereta teksi ni bang?”

Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?

Woha!

******

EH! Kejap, korang yang tanya aku bagaimana hilangkan boring ni, adakah korang orang kafir atau korang orang islam?

Kalau korang orang kafir kira ok ler tanya bagaimana nak hilangkan boring, sebab dunia ni shurga korang yang boring, tapi jika korang orang islam tanya bagaiamana nak hilangkan boring ini dah pelik.., ini dah melanggar adab orang beriman dan bertakwa..

Korang tak tahu ke?, Firaun, namrud, Qarun, Haman dan semua ahli neraka nak kembali ke dunia walupun satu saat sebab nak selamatkan akhirat mereka, boleh pulak korang tanya aku bagaimana nak hilangkan boring?

Korang tak tahu ke? Ahli shurga bila masuk shurga akan menyesal akan masa yang telah dihabiskan tanpa zikirullah..

Ni yang aku boring ni!

Orang islam ada banyak kerja sebelum jadi mayat, tiba tiba boleh pulak korang perasan boring?

Dah berapa ramai korang ajak orang kapir masuk islam?

Yang dah masuk islam pulak setalah di ajak korang, dah habis ke ajar mereka menjadi orang islam yang sejati?

Tafsir Al quran dah habis baca ke?

Kisah sahabat sudah melekat di minda ke?

Kitab Hadith Fadhail dan Masail dah habis baca ke?
Huh! Taubat belum tahu di terima atau tidak, solat belum lagi kusyuk dan al Quran belum banyak hafal, boleh pulak korang nak buat benda lain lain yang merepek untuk hilangkan boring.., nak masuk neraka ke?

Ingat! Orang kapir jer boleh boring, sebab dunia ni di cipta demikian, dunia di cipta dengan penuh sifat keboringan, lagu yang sedap boleh bertahan berapa minggu jer dalm carta?, ratu cantik boleh tahan berapa tahun jer punya gebu?, filem terbaik boleh tahan berapa lama sahaja di pawagam?, dunia ni memang hampeh dan memboringkan, maka kasihan kat orang kafir kerana dunia ni shurga mereka, shurga yang boring..

Tak pernah tengok ke orang kafir melancong ke sini sebab mereka dah boring dengan hidup di sana, Tak pernah tengok ke orang kafir buat rumah besar besar tapi tak duduk?, Tak pernah tengok ke orang kafir kahwin isteri cantik cantik tapi tidur dengan perempuan lain?, Tak pernah tengok ke orang kafir buat filem Batman versi Tom Burton lepas tu reset balik buat filem Batman versi Christopher Nolan pulak, delete superman III dan buat balik superman Return, sebab?

Mereka BORING, dan cuba sedaya upaya buat apa sahaja yang merepek agar tidak BORING.

Dan ramai jugak orang kafir yang mati bunuh diri sebab dah BORING dengan hidup!!

Maka korang wahai orang-orang islam sekalian. Tarik balik kalimah boring korang masing masing..

Hidup atas dunia ini hanya sementara, (dah start cermah boring dari aku bagi sesetengah dari korang yang hati gelap) esok lusa korang naik kereta mayat, masa tu baru korang menyesal dengan masa boring korang di dunia yang telah di sia-siakan…, kemudian korang menangis nak kembali semula di waktu boring untuk ibadat pada Allah.., tapi Allah bagi peluang sekali sahaja seumur hidup.., dan aku juga akan benarkan korang naik kereta mayat sekali sahaja, itu pun jalan sahala, aku tak ambik tiket pergi balik…

Akhir kata, jika korang boring sangat, pergilah belajar berdakwah, apa salahnya mati ketika sedang belajar menjadi pendakwah...

Cuma nasihat aku, jangan pulak korang boring berdakwah cara nabi lalu berdakwah ikut cara nafsu korang, dakwah dengan cara bidaah yang tak perlu aku sebutkan lagi..

Sesungguhnya, jika korang ikhlas dalam mentaati perintah Allah, maka Allah akan mencampak kemanisan iman, yang mana korang akan berdakwah dengan cara Nabi sampai jadi mayat kerana di situ ada kemanisan iman..

Mereka yang berdakwah selain dari cara Nabi adalah mereka yang tiada kemanisan iman, lalu mencari hiburan dalam dakwah dan ceramah yang mana akhirnya mereka perasan mereka betul, dan mati dalam keadaan tidak bertaubat lagi, maka berjayalah syaitan menyesatkan ummat manusia walaupun dalam kerja dakwah. Oh...

Dan aku memang cukup boring dengan dakwah bidaah korang.., kerana aku tak merasa kemanisan iman di situ. Maafkan aku kerana boring dengan korang...

End.

Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?

Apa lagi nak di kata?


Thursday, October 27, 2011

ikhtilat means ????

Lama dah tak menyinggah blog ni..terbaca pos berkenaan ikhtilat di blog2 sahabat & iluvislam, tergerak hati untuk membaca dan memahaminya kembali..tak ramai faham berkenaan ikhtilat ni termasuklah mereka2 yang belajar agama..amat berbeza antara golongan yg tahu dan sedar..ramai yg tahu ajaran agama tapi tak ramai yg sedar tanggungjawab beragama..ana sendiri pun perlu polish & upgrade iman hari2..era globalisasi & kemajuan yg ada pada akhir zaman dipenuhi dengan manusia yg mementingkan duniawi..yup! mmg benar dunia itu teramat indah sehingga melalaikan..Moga Allah melindungi & menjaga hati ini. .

Apakah itu ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.

Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.

Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. BERCINTA HARUS, TETAPI LEMAS HARAM. BERCINTA HARUS, TETAPI SEKIRANYA ANDA MAKIN HILANG FUNGSI SEBAGAI HAMBA, MAKA IA HARAM. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.

Ayuh pemuda!! bangkitlah…Islam memerlukan INSAN MUJAHID BERJIWA HAMBA..bukannya yg membawa kpd kelalaian..

Ayuh pemuda!! bangunlah..dengan gagah,,gunakanlah 9 akal yg dikurniakan itu..jgn kau kalah pd 1 nafsumu itu..

Ayuh pemudi!! sedarlah..ketegasanmu benteng AGAMA..

Ayuh pemudi!! tangkislah..syadidkan lah dirimu sekiranya itu perlu..jangan sekali2 kau lemah..

ISLAM MEMERLUKAN INSAN2 YANG BERJIWA PEJUANG!!!!!!

http://ummuumar90.wordpress.com/2009/08/03/keperluan-ikhtilat/

http://www.iluvislam.com/

Tuesday, July 5, 2011

Filem Seram dan Mesra Magis

Filem seram dan tahyul kini menjadi genre filem yang semakin diminati ramai. Filem-filem yang memaparkan watak bomoh sesat dengan unsur-unsur kurafat itu dianggap oleh pengeluar filem sebagai hiburan semata-mata. Malangnya penonton tidak di fahamkan tentang unsur-unsur seperti itu adalah salah satu daripada jerat syaitan ke atas diri manusia.

Dalam filem seram yang dibikin oleh orang bukan Islam, lebih banyak unsur-unsur tahyul dipaparkan. Unsur-unsur ini menimbulkan kekeliruan kepada penonton dan mampu merosakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Contoh ketara adalah filem Harry Porter. Dalam filem ini, diwujudkan dua bentuk sihir iaitu sihir baik dan sihir jahat. Prof. Albus Dumbledore dianggap tukang sihir yang baik. Nampaknya penonton bukan sekadar mahu disesatkan secara tidak langsung, malahan diperbodohkan!

Kawan-kawan Harry Porter sebahagiannya adalah hantu, satu daripadanya adalah Moaning Myrtle, hantu kanak-kanak perempuan yang tinggal di dalam tandas perempuan di sekolah Horgwart. Harry Porter selalu menemuinya bagi mendapatkan nasihat dan pandangan dalam menyelesaikan beberapa masalah misteri. Inikah yang kita mahukan, supaya anak-anak kita bersahabat dengan hantu syaitan?

Kupasan komprehensif terhadap dunia sihir dalam siri cerita Harry porter menurut perspektif Islam dibuat oleh Ibnu Abbas Moosaa Richardson. Ia adalah syarahan dalam bahasa Inggeris dengan jodol The Evils of Harry Potter and Kurf of Magic. Syarahan ini dapat di muat turun di laman web www.troid.org

Antara penjelasan penjelasan Abul Abbas Moosa Richardson, “Buku Harry Potter itu sendiri adalah sihir, kerana ia mampu membuatkan orang samapai lupa diri. Fenomena sihirlah yang menyebabkan manusia amat mencintai buku ini, sehingga ia diterjemahkan ke dalam 40 bahasa dan sampai kesetiap ceruk planet bumi. Manusia belumba-lumba memiliki buku yang berisi sihir ini. Buku yang berisi kekufuran kepada Allah. Buku yang apabila orang mengamalkan apa yang ada di dalamnya , maka ia terkeluar daripada agama Islam. Buku yang berisi sesuatu yang menghantar seseorang ke dalam api neraka. Jelas, ini adalah tipu daya syaitan yang amat dasyat.”

Tidak kurang panasnya senario filem seram di Malaysia yang boleh diibaratkan seperti candawan tumbuh selepas hujan. Satu demi satu filem seram di pertontonkan, ianya memerlukan penelitian yang mendalam, bimbang memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya kepada akidah kita sebagai seorang Islam.

Senarai filem, drama atau sebarang audio visual yang mengandungi unsur-unsur keramat, khurafat, tahyul, kebudayaan karut atau ghaibiyat.

­­­­­­­­­­­­­__________________________________

Filem

1.Jangan pandang belakang

2.Rasukan ablasa

3.Histeria

4.Sayaitan

5.Maut

6.Akhirat

7.Zombi Kampung Pisang

8.Congkak

9.Pontianak harum sundal malam

10.Warisan

Drama

1.Puaka Niyang Rapik

2.Anak Betong

3.Bilik 13

4.Seram

5.Susuk

6.Kliwon

7.Kekasihku seru

­­­­­­­­­­­­­­­­________________________________________

Daripada:http://fit3nan.wordpress.com/2009/03/13/lambakan-filem-tahyul-dan-kesan-kepada-masyarakat/


Kesan-kesan filem berunsur tahyul kepada akidah masyarakat:

Firman Allah Taala;

يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون

“Wahai anak adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”

Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin (dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu. Dari Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda

“Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam” (HR Abu Daud)

Pembaca blog boleh klik ke link ini untuk memahami lebih jelas berkenaan fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib.

http://fit3nan.wordpress.com/2009/03/13/lambakan-filem-tahyul-dan-kesan-kepada-masyarakat/

Siri Kartun, Animasi dan Komik

Jerat syaitan dalam kartun, animasi dan komik berlaku dalam bentuk-bentuk seperti berikut:

1) Kanak-kanak disuakan dengan cerita kartun yang mengasikkan. Hal yang menyebabkan kanak-kanak lalai dalam menunaikan tanggungjawab seperti mendirikan sembahyang, belajar dan menolong ibu bapa.

2) Watak-watak kartun dipakaikan pakaian renang yang menampakkan aurat seperti cerita dalam Walt Disney. Kanak-kanak yang tidak mengerti mungkin mengganggap pakaian seperti itu tidak dilarang, asal sahaja baik hati.

3) Watak-watak kartun lelaki dan perempuan yang bergaul bebas, duduk berdua-duaan dan berpegangan tangan . Hal seperti ini meracun fikiran kanak-kanak yang mungkin mengganggap ia bukan satu kesalahan.

Fikir-fikirkan

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka filem-filem seram tiada impaknya atas kepercayaan kepada Tuhan sekiranya tidak di hasilkan dengan teliti. Jangan juga di sangka kartun animasi yang mesra magis dan tampak tidak masuk akal itu tiada jarum beracun yang begitu ghairah mahu menusuk akal dan mencederakan keyakinan kepada Allah.