Friday, April 15, 2011

Muslimah yang bebas

Tanbih oleh Noraslina Jusin (Solusi isu 30)

Beliau telah menemui satu pengakuan tulus dan jujur lewat tulisan seorang wanita barat bernama R. Stevenson dalam The Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002, berhubung dengan etika pakaian wanita islam. Menurut beliau bedasarkan pengamatannya,

“Wanita Islam kelihatan bebas daripada terperangkap dengan fesyen. Mereka bebas daripada menjadi bahan perbandingan, tidak perlu risau soal diet dan tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pengiktirafan lelaki ajnabi. Wanita yang menjadi mangsa fesyen sebenarnya tidak lebih daripada menjadi bahan pameran dan kepuasan nafsu semata-mata. Wanita muslimah yang bebas tidak perlu bersaing untuk menunjukkan kemegahan. Namun mereka mempunyai daya tarikan tersendiri. Daya tarikan tersebut tersembunyi di sebalik rasa taqwa dan kesederhanaan mereka”

Memang satu kenyataan yang jelas dalam masyarakat kita hari ini, ramai wanita yang suka menghamburkan wang ringgit untuk mendapatkan pakaian yang cantik menawan, perhiasan yang begemerlapan, bahan2 kecantikan, peralatan solek yang berlebihan dan seumpamanya. Mungkin akibat terpengaruh dengan arus fesyen kontemporari atau trend, tanpa mengira soal hukum dan kewajarannya menurut pandangan agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di pintu2 masjid. Wanita2 mereka (isteri /anak perempuan mereka), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat), di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat". (Riwayat Ahmad).

(**Banyak dah berlaku sekarang ni..malah lebih teruk daripada yang tertulis dalam hadith)

Alat atau tujuan??

Kita tidak menafikan fitrah seorang wanita..jauh sekali meletakkan diri sebaris dengan mereka yang anti fesyen2 terkini. Sejujurnya saya sendiri memiliki naluri untuk tampil mempersona, juga tertarik dengan busana yang sungguh cantik dan indah di mata. Namun kita harus meneliti setiap tindak tanduk menggunakan kecerdasan akal yang di kurniakan oleh Allah untuk lebih bijak menggunakan kecantikan bagi mencapai matlamat yang benar. Kecantikan dan perhiasan yang ada tidak lebih daripada hanya sebuah alat, bukan tujuan.

Oleh itu islam menggesa kaum wanita agar memelihara diri daripada kecantikan yang memperdaya dan pada masa yang sama mengarahkan kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita dengan pandangan yang bersumber daripada syaitan. Sehubungan dengan itu, tujuan wanita tampil cantik adalah untuk menambah kasih lelaki bernama suami serta menghangatkan ikatan yang telah dihalalkan atas nama tuhan yang Maha Esa. Dan tujuan akhir semestinya demi mencapai kesejahteraan dan redha-Nya.

Insafilah, bahawa ketika ini musuh2 Islam begitu memerhatikan kedudukan wanita Islam dan kepada siapa ia dapat memberikan pengaruhnya. Seorang muslimah itu hidupnya adalah sebagai seorang guru dan pembangun generasi yang makmur dan padu. Jadi mereka berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan moral dan akhlak muslimah, merentap "pakaian" din yang benar, mengoyak rasa malu daripada menutupi tubuh badan, fizikal dan tindakan mereka sehingga kesannya nanti, moral dan akhlak anak2 muslim, pembangun masa depan sebagai tiang2 umat akan turut rosak dan hancur..

**think,think,think..

No comments:

Post a Comment