Monday, April 4, 2011

oleh kerana kasihnya kepada hati


Usah di bilang tangisan yg mengalir tanpa izin dan tanpa di rancang..ni semua soal hati..

Dialog ibu dan anak..

IBU: kemana anak pergi, tak kan ke pekan sekadar membeli alat tulis makan masa hampir 3 jam..??

ANAK: ibu sebenarnya td sy singgah sebentar ke pantai hujung kampung, rindu kenangan lama la ibu..(**dulu zaman remaja selalu singgah ke pantai bersama teman2 sekampung dengan membawa segala nota2 STAM dan rujukan untuk di hafaz...nk dapatkan mood baru la konon..)

IBU: ye la ibu bukan nak marah, cuma nak tahu..lagipun kan kamu puasa sunat hari ni..dekat maghrib baru nak balik,mana ibu tak risau...

(**sebenarnya bukan pergi kepantai cuma untuk mengimbas memori silam tetapi sebenarnya nak release & mengubat hati yg rawan...biar aku menangis semahu2nya..pedih sungguh hati ni..macam mana la kualiti puasa sunat ku ini..??)

ANAK: baiklah ibu...lain kali saya pergi mana2..saya bagi tahu ibu..k..ibu tak perlu la risau..

IBU: tu kenapa ibu tengok cermin mata kamu tak tanggal daripada pagi tadi..setahu ibu kamu tak rabun..cuma alah cahaya..

ANAK: eh, saje je ibu..nak trendy2 & bergaya2 kat rumah ngan cermin mata ni..

(**hurmm sebenarnya nak cover mata yg macam kena gigit tebuan tanah tu..ni la akibat menangis tak keruan..)

_hand phone menyanyi2 merdu, alunan nasyid & zikir pilihan yg aku suka, 0oowh mesej dari adik..dari A - Z aku baca..lagi deras air mata mengalir..hurmmm..adik mula melenting..terbayang rias wajah tatkala adik marah..kalau perkataan dlm mesej ni keluar melalui bibirnya..pasti hati ini lebih tersentak..nada tegas adik mengejutkan aku..mungkin kerana adik ambik berat pasal aku..pepun..syukran dik..

IBU: semacam je ibu tengok kamu ni..kalau kamu sedih banyakkan istighfar..nasihat ibu yg selalu ibu beri..memang selalu aku amalkan.. tadi kakak call..kereta iswara tu masih kat bengkel..pakai dulu kancil yg ada tu..

ANAK: macam lama lagi je nak siap kereta tu..sabtu ni saya nak pegi karnival kerjaya kat Kuala Selangor..pakai kancil la jawabnya..kancil kakak bakal lesap sabtu ni..(**macam2 masala kereta hari tu baru tukar minnyak itam, oil & air filter, coolen radiator..hurmm terbang gak la duit..).

IBU: ibu tahu semalam kamu menangis, ni masalah kereta atau ada masala lain...

ANAK: tak ada apa la ibu..masalah kecik je..

(**hurmm kecik la sangat..hampir demam di buatnya..)

IBU: apa pn..sabar la ye..

_teringat time last amek m.a, kawan2 pesan..(**risiko tao..takut sakitkan hati kamu tuk kali kedua..tambahan dia mungkin keliru..dia masih muda, dunia seronok2nya belum tamat..still like 2 enjoy..tp if dia matang & boleh mencintai kamu apa adanya..just proceed..ye saya tahu yang kamu mahukan ciri2 seperti itu..hati2 menjaga hati..kamu jarang melayan orang lelaki sebaik itu..apa dah jadi dengan kamu ni..kalau mungkin pun dia terima, macam mana dengan family dia..fikir la elok2 berkenaan masa depan ni..kalau benar Allah yg memungkinkan kamu bersatu..kamu berdua kena kuat..dugaan tu pasti mantop!..)

ANAK: InsyaAllah ibu...saya bersyukur di kurniakan mak ayah n family yang boleh memahami..

(**walaupun ibu tak tahu sebenarnya apa yang berlaku...yg pastinya sekarang hati saya sedang nazak ibu tolong doakan saya)..

_oleh kerana kasihnya kepada hati yg Allah kurniakan, aku lepaskan dia perlahan2..biar setting d hati sekadar kawan..aku belajar sesuatu mengenai sukarnya melaras hati..mengawal sesuatu yang seni..yg sukar di lihat oleh mata kasar..hanya yg mempunyai hati memahami..

Ya..aku harus kuat, mungkin boleh di umpamakan seteguh karang di laut..insyaAllah~

1 comment:

  1. salam kak min.. jangan putus asa dengan rahmat Allah. rahmat Allah itu luas...insyaAllah.segalanya terbaik utk kak min

    ReplyDelete