Tuesday, May 11, 2010

keikhlasan dalam menuntut ilmu

Cuti sem ini, lama kelamaan akan berakhir, sem baru pula dibuka, huh!! pastinya cabaran lebih hebat..cuti ini memang benar2 cuti..tidak ada seorang pun yg mengetahui apa yg akan berlaku pada sem yg bakal bermula awal bulan Julai ini..

Esok keputusan DPLI (panggilan temuduga) di jangkakan keluar..keberangkalian lulus itu masih ##~~!!>>????..TAK TAHU*****..subjek yg di pohon walaupun bersesuaian dengan kelulusan, tetapi hakikatnya ana kurang berminat iaitu (perdagangan dan keusahawanan), antara subjek yg berkait seperti prinsip akaun, perdagangan, matematik dan keusahawanan...

Agaknya apa yg dikejar @ yg dimahukan dalam hidup dalam kontek dunia dan material???..Memang minat menuntut ilmu tapi hanya pada certain2 `ilm..diri sedang mengalami KRISIS...hari ini demi `ilm..ana diingatkan oleh sepotong hadith..



Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”
Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.
2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.
3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

~Moga ana ikhlas dalam menuntut ilmu, bukan apa, kadang2 bimbang niat tersasar, adakah mungkin kerana nama @ pangkat @ dunia????..~Sungguh diri ini sedang diuji..adakah bakal menang diri ini...??..benar2 bimbang...

No comments:

Post a Comment