Tuesday, July 5, 2011

Filem Seram dan Mesra Magis

Filem seram dan tahyul kini menjadi genre filem yang semakin diminati ramai. Filem-filem yang memaparkan watak bomoh sesat dengan unsur-unsur kurafat itu dianggap oleh pengeluar filem sebagai hiburan semata-mata. Malangnya penonton tidak di fahamkan tentang unsur-unsur seperti itu adalah salah satu daripada jerat syaitan ke atas diri manusia.

Dalam filem seram yang dibikin oleh orang bukan Islam, lebih banyak unsur-unsur tahyul dipaparkan. Unsur-unsur ini menimbulkan kekeliruan kepada penonton dan mampu merosakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Contoh ketara adalah filem Harry Porter. Dalam filem ini, diwujudkan dua bentuk sihir iaitu sihir baik dan sihir jahat. Prof. Albus Dumbledore dianggap tukang sihir yang baik. Nampaknya penonton bukan sekadar mahu disesatkan secara tidak langsung, malahan diperbodohkan!

Kawan-kawan Harry Porter sebahagiannya adalah hantu, satu daripadanya adalah Moaning Myrtle, hantu kanak-kanak perempuan yang tinggal di dalam tandas perempuan di sekolah Horgwart. Harry Porter selalu menemuinya bagi mendapatkan nasihat dan pandangan dalam menyelesaikan beberapa masalah misteri. Inikah yang kita mahukan, supaya anak-anak kita bersahabat dengan hantu syaitan?

Kupasan komprehensif terhadap dunia sihir dalam siri cerita Harry porter menurut perspektif Islam dibuat oleh Ibnu Abbas Moosaa Richardson. Ia adalah syarahan dalam bahasa Inggeris dengan jodol The Evils of Harry Potter and Kurf of Magic. Syarahan ini dapat di muat turun di laman web www.troid.org

Antara penjelasan penjelasan Abul Abbas Moosa Richardson, “Buku Harry Potter itu sendiri adalah sihir, kerana ia mampu membuatkan orang samapai lupa diri. Fenomena sihirlah yang menyebabkan manusia amat mencintai buku ini, sehingga ia diterjemahkan ke dalam 40 bahasa dan sampai kesetiap ceruk planet bumi. Manusia belumba-lumba memiliki buku yang berisi sihir ini. Buku yang berisi kekufuran kepada Allah. Buku yang apabila orang mengamalkan apa yang ada di dalamnya , maka ia terkeluar daripada agama Islam. Buku yang berisi sesuatu yang menghantar seseorang ke dalam api neraka. Jelas, ini adalah tipu daya syaitan yang amat dasyat.”

Tidak kurang panasnya senario filem seram di Malaysia yang boleh diibaratkan seperti candawan tumbuh selepas hujan. Satu demi satu filem seram di pertontonkan, ianya memerlukan penelitian yang mendalam, bimbang memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya kepada akidah kita sebagai seorang Islam.

Senarai filem, drama atau sebarang audio visual yang mengandungi unsur-unsur keramat, khurafat, tahyul, kebudayaan karut atau ghaibiyat.

­­­­­­­­­­­­­__________________________________

Filem

1.Jangan pandang belakang

2.Rasukan ablasa

3.Histeria

4.Sayaitan

5.Maut

6.Akhirat

7.Zombi Kampung Pisang

8.Congkak

9.Pontianak harum sundal malam

10.Warisan

Drama

1.Puaka Niyang Rapik

2.Anak Betong

3.Bilik 13

4.Seram

5.Susuk

6.Kliwon

7.Kekasihku seru

­­­­­­­­­­­­­­­­________________________________________

Daripada:http://fit3nan.wordpress.com/2009/03/13/lambakan-filem-tahyul-dan-kesan-kepada-masyarakat/


Kesan-kesan filem berunsur tahyul kepada akidah masyarakat:

Firman Allah Taala;

يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون

“Wahai anak adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman”

Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin (dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu. Dari Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda

“Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam” (HR Abu Daud)

Pembaca blog boleh klik ke link ini untuk memahami lebih jelas berkenaan fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib.

http://fit3nan.wordpress.com/2009/03/13/lambakan-filem-tahyul-dan-kesan-kepada-masyarakat/

Siri Kartun, Animasi dan Komik

Jerat syaitan dalam kartun, animasi dan komik berlaku dalam bentuk-bentuk seperti berikut:

1) Kanak-kanak disuakan dengan cerita kartun yang mengasikkan. Hal yang menyebabkan kanak-kanak lalai dalam menunaikan tanggungjawab seperti mendirikan sembahyang, belajar dan menolong ibu bapa.

2) Watak-watak kartun dipakaikan pakaian renang yang menampakkan aurat seperti cerita dalam Walt Disney. Kanak-kanak yang tidak mengerti mungkin mengganggap pakaian seperti itu tidak dilarang, asal sahaja baik hati.

3) Watak-watak kartun lelaki dan perempuan yang bergaul bebas, duduk berdua-duaan dan berpegangan tangan . Hal seperti ini meracun fikiran kanak-kanak yang mungkin mengganggap ia bukan satu kesalahan.

Fikir-fikirkan

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka filem-filem seram tiada impaknya atas kepercayaan kepada Tuhan sekiranya tidak di hasilkan dengan teliti. Jangan juga di sangka kartun animasi yang mesra magis dan tampak tidak masuk akal itu tiada jarum beracun yang begitu ghairah mahu menusuk akal dan mencederakan keyakinan kepada Allah.

No comments:

Post a Comment