Thursday, February 11, 2010

Petua seronok membaca al-quran

Membaca dan mengamalkan al-quran umpama wangian kasturi..
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang-orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya adalah seperti satu bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. dan perumpaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa (mengamalkannya), maka di hatinya seperti ada satu bekas wangian kasturi yang masih tertutup"..

Petua seronok membaca Al-quran..
  • Mulakan dengan ta'awuz dan bismillah.
  • Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa surah pun.
  • Sekali-sekala jengoklah terjemahan al-quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.
  • Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau muka surat yang dibaca setiap hari. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.
  • Hafal beberapa ayat daripada al-quran untuk dibaca dalam solat.
  • Ulangi ayat yang anda rasa memberi kesan kepada hati anda sebanyak 3 kali. Contohnya dalam surah al-ankabut ayat 57. " Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati ".
  • Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-quran dari mana-mana qari boleh didengari sambil dihayati bacaan tersebut. Dengarlah bacaan al-quran ketika memandu, memasak, sebelum terlena dan sebagainya.
  • Jadikan Al-quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.
  • Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-quran, baca isi kandungan dan terjemahannya, insyaAllah dengan izin Allah, jawapan kepada masalah yang dihadapi kadang-kala akan ditemui dalam al-quran..

No comments:

Post a Comment