Friday, February 18, 2011

18 feb 2011 jumaat yang indah. .


18 Feb 2011..jumaat yang indah..pengubat rindu, rumah Allah yang telah lama tidak ku kunjungi lantaran kesibukan sebelum ini..Bergetar jiwa mendengar bacaan imam, syahdu dan tenang..Mungkin juga kerana thesis yang telah selesai sepenuhnya dan telah pun tercatat dalam list penerimaan oleh pihak universiti..cuma tinggal debaran menunggu keputusan..

Aku dapati sedikit kelapangan di jiwa..Alhamdulillah..alangkah indahnya jika tiap2 hari begini..Setelah selesai solat isyak..aku berjalan ke kedai buku berhampiran mall..lalu ku lihat..sebuah buku yang telah lama ku idam2 kan..tapi aku melarang diriku daripada membeli.....

Ini bukunya.................



Di permukaan buku ini tertulis namaku "AMINAH" nama yang sama dengan ibunda Baginda Rasulullah....Aku ingin buku ini di hias menjadi seperti ini, sebagai panduan dan hadiah yang amat2 berharga buat diriku....Sebenarnya aku teringin membacanya dengan penuh penghayatan..tapi entah kenapa aku melarang diri untuk membeli..pelik sungguh AMINAH yang satu ini...lain daripada AMINAH yang lain..atau ada diantara AMINAH lain yang pelik seperti aku..(Maafkan aku sekiranya kepelikan ini sesuatu yang tidak menyenangkan dan menjadi kesalahan..)


Terasa indah dan penuh makna bila buku ini dihias..
Terima kasih kepada mak ayah kerana memberikan aku nama yang indah..
~AMINAH~
nama ibunda Nabi Muhammad s.a.w
________________________________________________________________

InsyaAllah..mungkin esok aku ingin sekali lagi memijakkan kaki ke dataran ketenangan..kerana aku rindu perasaan sebak, rindu deraian air yang jatuh kerana-Nya..aku rindu setiap apa yang ada di dalamnya..Mungkin juga kerana aku bakal berpisah dengannya, namun rumah Allah itu ada di mana2..



1 comment:

  1. aik kak min...dah nak dekat dah tu.....jangan ada yang bg hadiah cerikarama "aminah jongang" sudah.. ho.ho..gurau kak min...insyaAllah dpt yg terbaik dgn hadiah2nya sekli

    ReplyDelete