Sunday, February 20, 2011

Jangan menyeksa DIRIMU dengan perasaan resah dan gelisah..


Kata orang hidup itu sememangnya sukar dan membuat wajah menjadi murung. Aku katakan teruslah tersenyum, biarlah mendung itu tetap di langit sahaja.
_______________________________________________________

Kesan paling buruk dari kegelisahan ialah mengurangi kemampuan dan memencarkan kemampuan fikiran. Ketika kita sedang gelisah, maka fikiran kita akan berselerak tidak keruan. Akan tetapi jika kita memaksakan diri untuk menghadapi akibat yang paling buruk, maka kita telah meletakkan diri pada posisi yang membuat kita boleh menumpukan fikiran dan mengenalpasti masalah.

Jika kita dalam keadaan runsing, sudah tentu kita tidak akan bersemangat untuk melakukan apa2 pekerjaan yang baik. Salah satu dari perasaan ini saling meniadakan yang lainnya. Ketika anda merasakan bahawa kegelisahan akan mengganggu anda pada hari ini, maka kembalikan ingatanmu pada keadaan terburuk yang anda alami pada masa lalu. Dengan demikian, akal dibebani dua genggaman yang berbeza sebagai ganti dari dibebani oleh satu genggaman.

Genggaman yang lebih kuat yang berlaku pada masa lalu akan mengalahkan genggaman masa kini yang lebih lemah. Ketika itu seseorang akan berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari krisis pada masa lalu. meskipun demikian, akan melaluinya dengan selamat. Jika kamu telah melampaui krisis itu dengan selamat, hari ini akan lebih ringan beban dan bahayanya.

Kerunsingan dan kegelisahan lebih mengganggu di luar waktu2 kerja anda. Bagaimanapun kegelisahan akan mengganggu kamu ketika kamu menganggur@bersenang2, tidak bekerja. Pemikiran ketika itu akan berbaur dan menghadirkan pelbagai kemungkinan. Untuk mengatasi kedaan seperti itu adalah dengan menyibukkan diri dengan kerja2 serius..

Pedoman hidup
Perkara2 kecil dan remeh sering mengheret orang yang bijak turut menjadi gila
Hidup adalah hitungan minit dan saat..


No comments:

Post a Comment