Sunday, January 10, 2010

lakaran kejayaan. .

Lakar kejayaan di tahun 2010

Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?

Mungkin dah hari ke 8, atau mungkin juga dah masuk hari ke-18 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.

Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaankejayaan dalam menuntut ilmu dan menjadi seseorang yg benar2 berpuas hati dgn keputusan yg dibuat pada tahun lepas.

Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – ilmu, usaha dan doa berterusan.

Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalam hidup kita.

Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.

(kejayaan hakiki ialah apabila kita memperoleh buku catitan amal dgn tangan kanan iaitu dialam yg kekal abadi . .)

No comments:

Post a Comment