Friday, March 5, 2010

DebaRan Exam..bg sape2 yg nak exam..

Tak kire lah pe jenis exam pun..UPSR, PMR, SMA, SPM, STAM, STPM/ IPT, MID-TERM, FINAL..........

Setiap orang yang menghadapi peperiksaan pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Lagi2 yg tak cukup prepairation..ahakkksssss...

Bagaimana? Berikut adalah 5 cara untuk membuat Anda tenang sebelum exam start:

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Kita tak tenang sebelum exam start sebab kita tak tahu apa yang akan kita jumpa nanti dalam kertas soalan. Kita jadi takut. Untuk nak tenang sebelum exam start,buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang Anda boleh jawapan soalan tu satu persatu. Katakan pada diri Anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.

Bila Anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup tu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai dari kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak ‘perform well’ ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri Anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokus pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat saat perasaan Anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat Anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang ‘mental black’. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk Anda ‘nervous’.

Biasanya, kita gusar sebelum exam start sebab kita rasa kita tak cukup ready nak menjawap soalan exam tu. Bila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawap soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup. Biasanya kita akan konpiden. Lainlah kalau study last minit, memang gemuruh punya.

Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawap soalan.

Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tak sabar nak ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap apa jua yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

Bagi yg tak bersedia atas halangan tertentu..jawab sekadar yg anda mampu..jgn biarkan kertas kosong je ye. .

5. Ingat wajah-wajah kesayangan Anda.

Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun Anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.

Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan Anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati Anda untuk membuat Anda tenang, bebas dari rasa gemuruh. Niatkan perjuangan Anda belajar ni adalah untuk mereka..Lagi bagus kalau untuk Allah & agama.

Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.

Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan Anda.

Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan Anda. Kita amik exam supaya kita pass dalam akademik yang akan menentukan masa depan kita.

Bayangkan cara hidup yang kita nak nikmati, bayangkan yang Anda dah ada jawatan tetap, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab Anda nak melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.

Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri Anda yang Anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.

Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

a'hah!!....jangan lupe selawat nabi sebelum masuk dewan exam..jgn tergesa2 nak kuar dewan bile dah abis jawab..buat semakan..mana2 yg lupa..istighfar banyak2..mana tau..1/2 jam masa lnak berakhir..Allah datangkan ilham..

Ingat yang nak bagi kejayaan kat kita tu Siapa??....Jadi doa banyak2 mg Allah permudahkan & beri kejayaan. .Tidak bermakna kejayaan tanpa diiringi rasa syukur..dan dinilai kembali erti kejayaan tersebut...Moga berkat Ilmu...

1 comment:

  1. Oh..setuju dengan tips anda.. jom share tips exam saya pulak :-)

    ReplyDelete