Friday, March 12, 2010

Lawatan ke Kilang HPA

Pe yg seronoknya hari ni ana n sahabat m.a pergi ke kilang HPA di perlis bersama adik2 muamalat dan uzt naim (pensyarah muamalat di uum)..perjalanan memakan masa satu jam lebih daripada Sintok ke Jejawi Perlis, kami mengiringi adik2 muamalat kira2 dalam 40 orang..kami telah disambut mesra oleh pihak pengurusan HPA , seterusnya lawatan dimulakan dengan sedikit taklimat tentang latar belakang syarikat dan langkah keselamatan semasa memasuki kilang pembuatan kapsul herba.



kilang herba adalah lawatan pertama kami, kami dikehendaki memakai topeng dan beberapa aksesori lain bagi mengelakkan pencemaran @ kuman..ana bangga dengan semangat pejuang2 HPA dalam memperjuangkan produk halal bagi umat islam khususnya di Malaysia, kerana mereka kita telah ada altenatif bagi produk KFC iaitu RFC (Radix Fried Chicken), dan banyak lagi produk2 lain sebagai altenatif. Seterusnya kami telah di bawa ke kilang pembuatan kopi radix, permintaan bagi kopi radix kini dikatakan umpama air mengalir kerana khasiatnya yg sangat banyak untuk kesihatan. Sebagai cenderahati kami telah diberikan beberapa sampel kopi radix untuk percubaan..bagi ana kopi radix telah sinonim dengan diri, dah hampir 3 tahun ana jadi ahli n melanggan majoriti produk HPA..




Kami sempat mengambil beberapa post gambar untuk dijadikan kenang2an..kerana saat sebegini bukan mudah untuk kita dapat, hanya dengan pelaksanaan program kami bisa berkumpul..kadang2 teringat memori lama bersama teman2 seperjuangan batch muamalat dulu..




Perjuangan HPA adalah untuk umat, moga Allah memberikan kejayaan kepada syarikat ini untuk berkembang maju sehingga terbinanya sebuah pasaraya hasil usaha "orang kita"..untuk mengetahui lebih detail berkenaan HPA..sila layari laman web ini http://www.hpa.com.my ..
Pada akhir lawatan, pemberian saguhati telah di berikan kepada pihak pengurusan dan ribuan terima kasih kami ucapkan atas layanan dan penerangan berkenaan HPA.



Berjuanglah bersama HPA, sokong produk orang kita selagi terdaya...mencari yg halal adalah fardhu bagi setiap muslim...

ma'asalamah....

No comments:

Post a Comment