Sunday, March 28, 2010

pesawat terhempas...

salam.......

Lame tak add new post kat blog...walaupun kat UUM ni de berite tegempar pesawat tehempas seperti yg ditulis kat paper metro;

ALOR SETAR: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya

terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini. Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang membuat persembahan sempena perasmian Ekspo Konvokesyen universiti itu pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu sudah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.-Bernama

INNALILLAHI WA INNAILAIHI RAJI'UN...

time tu ana duk sibuk berforum dalam learning care ngan student m.a lain...forum tu kene settle gak coz dah jadi tanggungjawab...kami 1 kelas kene berdiskusi berkenaan IS funding same ade nak choose chargeback, allocation or overhead method tuk company...forum tu dikire attendant coz lecture kami tak dapat hadir kelas...duk wat forum kat foyer College of Business,,,,,

Tibe2...kecoh 1 foyer de pesawat tehempas...student tak dibenarkan tengok..kawasan kejadian pihak berkuasa blok...bersyukur coz kapal tak terhempas area student...tambahan plak if terhempas kat dewan M.A.S...menangis student tak dapat konvo...

Turut dukacita atas insident berkenaan dan takziah buat keluarga mangsa..difahamkan terdapat masalah teknikal pada pesawat berkenaan. Pasti ada hikmah disebalik kejadian..mg semua ambik pengajaran...

video pesawat tehempas.. .. ..UUM. . .


No comments:

Post a Comment